Jumaat, 6 November 2009

NIZAR JENG JENG JENG: OBA (KISAH 1)

Tuesday, October 27, 2009

Pertemuan sulung bloggers dengan Dato' Hassan Ali

Alhamdulillah pada malam tadi 26hb. Oktober, beberapa sahabat blogger telah dijemput oleh YB Dato' Dr Hassan Hj Ali kerumah beliau di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) bagi tujuan untuk bertemu. Ini adalah pertama kalinya beliau bertemu dengan para blogger untuk menjelaskan serba sedikit tentang isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Turut serta dalam perjumpaan ini ialah YB Ustaz Nasarudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS yang turut memperkatan serba sedikit latar belakang kepada punca isu yang hangat ini.

Sepintas lalu saya boleh mengatakan bahawa pertemuan ini langsung tidak ada usaha dari mereka berdua untuk mengambil sikap mempertahankan diri dari serangan media hasil dari tulisan blog TGNA. Mereka berdua hanya membawa kami kepada fakta dan sejarah kepada timbulnya isu ini. Saya mendengar dengan teliti dan membuat rakaman audio sepanjang pertemuan ini berlangsung untuk menjadikan bukti bahawa segala posting saya selepas ini adalah berpandukan kepada apa yang telah diperkatakan oleh kedua tokoh ini.

YB Dato' Dr Hassan Ali banyak memperkatan tentang peranan PAS di Selangor dan menerangkan kepada kami susur galur kepada beberapa isu yang membabitkan beliau dalam politik negeri Selangor terutamanya yang berkaitan dengan isu arak, SELCAT dan kepala lembu dan lain-lain. Pun begitu banyak lagi isu-isu yang lebih hangat yang tidak diketahui oleh umum yang menjadi cabaran kepada tugas beliau sebagai ahli EXCO Selangor yang mewakili PAS dan masalah yang berkaitan dengan beberapa individu dalam PAS yang telah diketahui oleh umum telah dinyatakan secara serius oleh beliau.

Pertemuan dan perbincangan itu berkahir sekitar jam 11.00 malam dan selepas itu kami dijamu dengan durian. Dalam sakit kepala tak habis lagi sebab makan durian semalam, malam ni saya sebat lagi dan sebelum tu kami dijamu dengan nasi beryani.

Insyaallah segala maklumat lanjut dari siri pertama pertemuan ini saya akan konsgikan pada posting yang akan datang kerana hendak melihat komen-komen dari rakan-rakan blogger yang hadir pada malam ini terlebih dahulu dan bagi melihat dan menilai fikrah mereka. Jika mereka yang hadir memberikan komen dan laporan yang tidak tepat dalam blog mereka seperti yang diperkatakan oleh dua orang tokoh pada malam ini , Insyaallah bom jangka akan dihantar terus kepada mereka kerana saya mempunyai rakaman audionya. Jangan nak tulis ikut sedap nafsu sahaja. Ingat pesan Ust Nasha, AMANAH dalam menjalankan usaha dan kerja-kerja dakwah. Wakil UMNO pun ada malam tadi. Wallahualam

19 comments:

Anonymous said...

Yang si UMNO mangkuk pun dijemput sama wat per!...

Abah Along said...

Salam.

Satu tindakan bijak, wak merakam untuk menegakkan keadilan. Bila wak nak tuliskan intipati perjumpaan.

Saya akan tungguuuuuuu.

Kulaan Ampang

kerabubersuara said...

wak..ajak mahaguru skali buat apa..
pro umno...tu..

albanjari said...

salam kerabu,
itu yg wak musykhil tu ! Wak ingat perjumpaan tertutup buat blogger PAS, rupanya 1Malaysia..! Ceh!! Tapi elok juga roslansms jemput, nak tengok apa laporan yg depa bagi di blog umno.

Tapi tak syiiokklah !!

Anonymous said...

Elok2 reda kejap, ni nk jd kacau blk plak dh.. Adoi, tkde psl cr psl.. Yg buat meeting plak 2 watak utama dlm isu ini..

hussin said...

albanjari kata,

"...hanya penulisan yg diboldkan dengan warna kuning ada disebutkan pada pertemuan itu oleh Ustaz nasha dan Dato' Hassan, yang lain adalah TIDAK BENAR."

"yang lain TIDAK BENAR," manakala yang diboldkan, BENAR, TIDAK ADA YANG TIDAK BENAR, KECUALI BENAR BELAKA.

yang diboldkan adalah seperti di bawah:

1. "Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini."

kenapa ketepikan tgna? bukan sebagai peribadinya, tetapi sebagai mursyidul am? apa yang ditakuti, apa yang ingin disembunyi sehingga tgna tidak perlu hadir. kalau dijemput, dan belaiu memberi sebab tak dapat hadir, adakah diberitahu kepadanya apa yang akan dibincangkan. selepas perbincangan adakah usaha2 untuk memaklumkan kepadanya keputusan yang begitu besar yang telah dirumuskan?

bilakah tarikh perbincangan diadakan?

2. "Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas."

apa yang digembargemburkan adalah idea kerajaan perpaduan ini lontaran tghh, tidak gitu? pertama kali tercatat dalam sejarah pas, seluruh otak pemimpin pas synchronised. semua pikir satu benda sahaja, kerajaan perpaduan lalu serentak mencadangkannya di perbincangan tersebut!

kalau synchronised, kenapa selepas itu palu gendang lain? tak faham? mungkin otak syncchronised bab topik 'kerajaan perpaduan' tapi isinya berbeza. entahlah...

3. "Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas."

masyaAllah, husam lagi. apa lah anak musa ni, tak ada keja lain ke?

nasha tentu tak sentuh, angkara siapa tghh terlantar di hospital kuala terengganu kerana 'minor attack'? tanya tghh, selepas anwar ziarah dia, ada seorang hamba Allah menemui beliau. apa perasaan tghh selepas hamba Allah tersebut, 'memulihkan' beliau selepas mendapat izin tghh? susah nak ccaya pemimpin pas pun main bomoh...

apa kena mengena agenda anwar dalam politik pas? tak bolehkah dilihat segala usaha husam sebagai ke arah "memperkasakan pakatan rakyat" sejajar dengan keputusan muktamar ke 54 di ipoh? kenapa perlu sangsi jika husam rapat dengan anwar? bukankah husam telah diamanahkan untuk 'rapat' dengan anwar?

tak sangka ulama pun boleh menyimpan prasangka jahat terhadap kawan. eh, awak kan timbalan presiden, tak bolehkah bersemuka, leraikan sebarang kusut, hapuskan unsur2 khianat yang boleh merosakkan jemaah?

Anonymous said...

wak.... tok imam muda taman equin sri kembangan tuapa nama blog dia.......?

Anonymous said...

(pisangemas81) Salam...

kusut dan serabut aku memikirkan semua nie....

(tapi tulah yg dimahukan oleh "sesetengah pihak" )dan 1/2 yg lain dok melayan....

kalau aku (yg selalu merayau dlm line nie)pun bleh pening....aper lah aku nak jawab bila org kampung tanya bila aku balik kampung minggu nie....

KAPAL nie

1.ada destinasi nak di tuju....
2.ada kapten...
3.ada pegawai atasan kapal...
4.ada kelasi kapal...
5.dan ada penumpang yg pelbagai latar belakang...(ada yg nak naik kapal..ada yg nak jalan2..ada yg buat bisnes dalam kapal..ada yg nak rompak kapal..ada yg nak bagi tenggelam...mcm2 lg lah....

pening aku memikirkan....

so kenalah pandai2 jaga...
yg penting bearing X lari...destinasi sampai...

boeh ke kalau tulis gitu?

Anonymous said...

lagi lagi setan 2 ekor ni. cakap berbelit-belit. kejap UG kejam tutup UG. Kalaunak sangat tidur sekatil dengan umno to, gi je lah masuk umno. tok sah nak drag PAS dalam idea jahat ini.

Pergi belah lah

ibnumahmood said...

Salam Akhi Wak ,

Jika telah diputuskan pada Muktamar lepas isu UG telah 'tutup buku',
persetankanlah segala 'spinning' karut-marut mainstream media. Buat apa sangatlah menari ikut rentak depa, sampai 'nampak' kecoh tak habis-habis . Bila wajah politik melibatkan persepsi umum , sepatutnya agenda memperkasakan Pakatan paling diutamakan oleh setiap lapisan wargakerja PAS, tanpa mengira pemimpin teratas, pertengahan maupun penyokong di lapangan.Walau apapun resolusi esok nanti , berlapang dada , wala dan istiqomah dalam ikatan ukhwah. Rakyat jua nanti akan membuat pilihan apabila PRU 13 tiba masanya.Pemimpin akan datang dan pergi. Yang jujur dan amanah memelihara integriti diri , InsyaAllah akan terpelihara dan mengecapi al-falah .

Anonymous said...

Ah citer ni kan dah lama. tp yg aku peliknye, apahal pemimpin 2 org ni dan2 wat pendedahan lak, biar je la selesai dalam mesyuarat besok. pastu siap pgl blogger umno, hasan ali n ust nasa ni apahal? atau dah kamching sgt dgn blogger umno n umno sampai leh dok citer hal dalaman parti pada kaum munafik tu? sakit betul hati aku !!!

Lyn said...

blogger umno dijemput sebab nampak memihak kepada nasha/hassan. mana lah tau kalau2 mampu melunturkan pengaruh TGNA.

@ddy_perak said...

salam,
rasanya betullah ada perjumpaan antara pemimpin PAS dan pemimpin umno sebelum ini.
macam mana nie ustaz pun penipu

kerabubersuara said...

salam wak..
dengar cerita ramai blogger umno yang datang...blogger yang kuat kutuk tok guru pun datang gak..buat gua dah angin ni wak..

nasir said...

cara aturan perjumpaan ini menarik . Jadi bila ada blogger PR dan UMNO maka selepas ini blogger PR boleh menangkis kepalsuan yang mereka cuba letakkan kerna masing2 ada di situ .

Untung juga blogger PR boleh tahu slps nie putar belit blogger UMNO yang pandai memainkan jarum fitnah sampai yang baca blog mereka macam cacing kepanasan nak marahkan pimpinan .

Lagipun tekanan us nasha bahawa amanah dan dosa serta pahala perlu dititikbertakan ketika berblog juga satu tazkirah kpd blogger UMNO ..

Jadi x ada apa2 serangan peribadi melainkan penjelasan sahaja maka x perlulah nak menghentam Nasha dan Hassan Ali lagi . Kalau berbincang elok x pa .

Lagi satu yang herannya apa saja tindakan Hasan ALi yang nampak panas saja maka terus keluar UG - UG - UG .. Us Nasha berdiam diri pun dikata gila UG UG UG ..

Kecoh DAP kedah dulu mengugut nak keluar pakatan tapi steady saja Kit SIang .. dia kata kena dengar penjelasa dulu . tapi kalau ada YB pas ugut x nak kerjasama siaplah untuk dibalun nak selimut ngan UMNO ... apa punya otak

ikhqoi said...

Tidak salah untuk berjumpa. Tetapi membawa musuh berjumpa dan bermesyuarat bersama dalam jemaah , itu karut!!! Mentang-mentang malam ni nk buat mesyuarat khas

P/S:

Aku sebenarnya malas nk ulas tapi aku tak tahan bila mana perjuangan akar umbi dinafikan oleh pemimpin atas dek kerana gilakan omongan perpaduan.

Perpaduan itu "UMNO dan PAS kena bergabung ke??""

Napa blogger papa gomo pun dijemput??? itu bukan ke blogger UMNO

AleeNandree said...

Apa wak kata masa salam ust nasa tu? wak basuh dia ka?

Anonymous said...

Aku bila tengok macam mana malaun UMNO buat kat YAB Nizar and the gang rasa nak ludah-ludah je muka mangkuk ayun UG ni. Janganlah datang kat masjid taman aku, kalau aku tak baling dengan terompah, kasut mereka aku campak dalam tong sampah.

cucu mamak kutty said...

kalau pas rasa dah cukup kuat keluar aje dari pakatan buat apa jadi parasit dalam pakatan....,jadi aje parti melayu islam,tak payah mintak undi org2 kapir,mintak le semua org melayu undi pas,tentu pas boleh menang dan dapat memerinteh malaysia,hj hadi boleh jadi perdana menteri,nasa boleh le jadi tpm,hasan ali boleh jadi menteri keawangan,mustap ali boleh jadi menteri dalam negeri,abu bakar cik boleh jadi menteri penerangan dan dan dan dan seterusnya boleh le nasa buatkan pencacai yg menyokong dia tu rumah banglow yg besar mcm rumah dia kat bkt mahkota tu....