Ahad, 22 November 2009

Pendedahan Papagomo tentang hati busuk MP Wee Choo Keong

>Monday, November 16, 2009



Wee Choo Keong (PKR) Parlimen Wangsa Maju nampaknya sudah keterlanjuran kata berhubung kenyataan nya di Parlimen yang menyarankan Bazaria Larut Malam Danau Kota wajar ditutup. (Klik Disini) Kenyataan Wee Choo Keong ini adalah satu kenyataan yang sebenarnya bersifat RACIST dan PREJUDIS terhadap Bangsa Melayu yang mana 99% peniaga di Bazaria Larut Malam Danau Kota ini adalah terdiri peniaga Melayu. Gomo juga merupakan peniaga di sini semenjak ianya di buka pada 17 Febuari 2006.

YB Wee Choo Keong (PKR) mengatakan semasa di parlimen bahawa terdapat 500 memorandum bantahan penduduk setempat di sekitar kawasan Uptown Danau Kota ini. Jelas sekali 500 memorandum itu hanyalah satu sandiwara MP ini bagi menyelamatkan 3 buah restoran Cina di sekitar Uptown ini.

Gomo tak dapat menafikan memang ada bantahan dari beberapa penduduk setempat di kawasan ini, malah pemilik pam minyak Shell dan Petronas di sini juga membantah pada permulaan nya. Namun bantahan ini tidak lah sampai sehingga 500 orang seperti yang di nyatakan YB PKR itu. Mereka yang membantah ini terdiri dari beberapa peniaga Restoran cina, pengunjung dan mereka yang kecewa kerana tidak mendapat tapak lot perniagaan di Uptown ini.

Pemilik pam minyak Shell dan Petronas yang pada mulanya membantah tapak perniagaan di Uptown ini pada mulanya telah menyokong penuh dengan kewujudan Uptown ini. Ini kerana jualan barang makanan mereka telah meningkat dengan mendadak, malah hasil keuntungan jualan runcit ini lebih banyak dari komisyen minyak mereka. Masakan tidak setiap hari stock jualan runcit di tambah ke steysen minyak mereka. Malah sejak kewujudan Uptown ini Medan selera disini penuh dengan peniaga dan para pelanggan. Tidak kurang juga Tuan punya bangunan di sekitar kawasan Uptown ini yang lot kedai mereka habis di sewa untuk di jadikan stor dan bilik sewa. Jika tidak kerana Uptown ini bangunan di sekitar kawasan ini lengang, dan Lot kedai mereka ini tidak langsung berpenghuni.

Yang membantah sejak mula di buka adalah pemilik restoran cina di kawasan uptown ini. Ada 3 buah restoran cina yang mana 2 dari nya berada di sudut corner bangunan. Meja telah di buka sehingga ke atas jalanraya dan ianya telah menyebabkan kesesakan dan kesukaran buat kenderaan lalu lalang di sini. Sebelum pembukaan Uptown ini pada 2006 sudah wujud masaalah kesesakan jalanraya akibat dari restoran cina ini. Jadi mengapa MP PKR ini bising bising? Oh ya, untuk makluman semua 1 restoran cina di sini merupakan kubu nya semasa berkempen dahulu. Malah sering kali Wee Choo Keong ini ada di restoran cina ini dalam menjalankan urusannya.

Ketiga tiga restoran cina ini lah yang membuatkan baru sekarang Wee Choo Keong membentangkan nya di Parlimen. Kenapa tidak sebelum ini? Kenapa baru sekarang? Ianya ada bersangkut paut dengan pembukaan tapak KOBERA, tapak yang mana di buka bagi memberi peluang perniagaan kepada Bangsa Melayu menjalankan perniagaan di sini. Bukan banyak pun hanya 30 lot sahaja.

Namun Gomo mengakui bahawa pengurusan persatuan yang menyelia Bazaria Larut Malam Danau Kota ini banyak melakukan kesilapan. Persatuan yang di pimpin oleh Ahmad Selamat ini sememangnya Korup dan tidak amanah dalam menjalankan tugas penyelian di kawasan ini. Sepatutnya lebih ramai petugas di tempatkan di sekitar kawasan Uptwon ini bagi melancarkan aliran Trafik mengelakkan kesesakan lalulintas. Namun pihak persatuan ini hanya menempatkan 5 petugas sahaja bagi menyelia Uptown ini. Bagaimana hendak melancarkan aliran trafik jika hanya 5 orang sahaja petugas? Ditambah pula dengan 350 gerai di sini!

Ahmad Selamat yang mana penyelia disini selayaknya ditukar dan digantikan dengan pengurusan yang baru. Selama Ahmad Selamat ini mengawal selia kawasan Uptown ini banyak masaalah yang di timbulkan pihak persatuan ini. Malah gejala Rasuah dan Penyelewengan juga berlaku dalam urusan perniagaan disini.

Bazaria Larut Malam Danau Kota merupakan tempat perniagaan buat bangsa Melayu yang paling berjaya dari bazar perniagaan lain. Malah Uptown Danau Kota ini juga berjaya menarik kedatangan pelancong dan bersaing dengan sihat dengan Petaling Street yang mana di monopoli kesemuanya bangsa Cina.

Diharapkan pihak Kementerian Wilayah di bawah pentadbiran Dato Raja Nong Chik dapat membantu dalam mengekalkan Bazaria Larut Malam Danau Kota ini. Ahmad Selamat yang menyelia kawasan Uptown ini juga seharuslah di tukar dengan segera bagi memberi nafas baru kepada kami keseluruhan peniaga di sini.

Khas buat Wee Choo Keong (PKR) MP Wangsa Maju, janganlah kerana 3 buah restoran cina yang mana anda berkepentingan disana maka kami para peniaga Melayu di sini ingin di usir. Sedangkan di Petaling Street Persatuan Peniaga Melayu minta penambahan 50 lot untuk Melayu berniaga di sana di bantah bagaikan nak gila. ini kan pula tempat kawasan Melayu.

Wee Choo Keong (PKR) MP Wangsa Maju di harap jangan bermain dengan api, kelak buruk padahnya. Dan anda jangan juga lupa apa yang anda raih dari Plantinium Victory! Pendedahan Palntinium Victory akan Gomo dedahkan sedikit masa lagi.

Kami Peniaga Bazaria Larut Malam Danau Kota Mengutuk Kenyataan YB Wee Choo Keong (PKR) Wangsa Maju Berhubung Penutupan Aktiviti Perniagaan Kami Di sini.