Sabtu, 21 November 2009

SAHAM AZMIN DAN ASMIDAR


Oleh AIDC

Apabila bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan , Anuar Shaari membuat laporan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 17 November lalu, jam 11.45 pagi ramai orang tertanya-tanya apakah isi kandungannya. Apakah benar signifikan dokumen-dokumen itu dengan Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan Anwar Ibrahim, sehinggakan Anwar terpaksa melabel Anuar sebagai 'diupah' dan Azmin pula melabel sebagai 'pengemis politik'.

Memahami karektor Anwar dan Azmin, apabila mereka memulakan perlabelan ke atas seseorang, bermakna mereka tiada hujah untuk menjawabnya, kecuali menggunakan kaedah 'character assassination' (pembunuhan watak) dengan label-label jahat seperti itu.

Teknik yang sama pernah digunakan oleh Anwar dan Azmin ketika berhadapan dengan Dr Mahathir dengan menggelarkan bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebagai 'Maha Firaun', 'Maha Zalim' dan sebagainya.

Bermakna apabila Anwar dan Azmin melabelkan Anuar Shaari sebagai 'diupah' dan 'pengemis politik', bermakna laporan polis yang dibuat oleh bekas pekerjanya itu ada asas yang kuat, sama seperti dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan Anwar seorang yang tidak bermoral pada tahun 1998. Dakwaan Dr Mahathir terbukti benar, apabila Hakim Datuk S. Augustine Paul pada 14 April 1999 menjatuhi hukuman penjara enam tahun atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.. Klik di sini

Penggunaan kaedah 'character assassination' merupakan kaedah terdesak yang membayangkan orang yang dituduh itu berada dalam bayangan ketakutan.

Pada 17 November lalu, Anuar Shaari berkata, "Saya ingin cari kebenaran...Saya rasa penyokong-penyokong Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar juga ingin mencari kebenaran... Lebih-lebih lagi Wan Azizah juga ingin tahu, kenapa kebanyakan daripada saham tersebut atas nama Shamshida"

Anuar Shaari bukan 'budak upahan' seperti yang cuba digambarkan oleh Anwar. Dia mempunyai jati dirinya sendiri. Kalau Anuar, tidak hebat, kenapa Anwar perlu mengambil Anuar bekerja dengannya sebagai Setiausaha Sulit di Kementerian Kewangan satu ketika dulu.

Kalau Anuar tidak mempunyai jati diri, kenapa Wan Azizah memilih Anuar sebagai Setiausaha Politiknya ketika Anwar berada di penjara Sungai Buloh ? Kalau Anuar tidak mempunyai intergriti dan harga diri yang tinggi, kenapa Anwar memilih Anuar Shaari sebagai Ketua Bahagian PKR di Permatang Pauh, satu tempat yang menjadi base kepada Anwar Ibrahim ?

Jadi tidak perlu Anwar dan Azmin memperlekehkan kredibiliti Anuar, sedangkan Anuar juga tahu luar dalam siapakah Anwar, Azmin dan Wan Azizah, baik semasa berada di Kementerian Kewangan, mahupun semasa berada di dalam PKR.

Ketika menjadi Setiausaha Politik kepada Wan Azizah dan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Wan Azizah sendiri merungut, mengeluh dan tidak berpuas hati dengan Azmin Ali dan Shamshida Taharin. Dalam kes pemenjaraan Anwar, Wan Azizah menyalahkan seratus peratus kepada faktor Azmin sekeluarga.

Memang di depan orang ramai, di depan penyokongnya Wan Azizah , Azmin dan Shamsidar berlakon, kononnya mereka 'rapat' tetapi di hadapan Setiausaha Politiknya (Anuar Shaari), Wan Azizah meluahkan segala-galanya tentang kebenciannya kepada Azmin dan Shamshida.

Siapa yang lebih mengenali sifat Wan Azizah, kalau bukan Anuar, Setiausaha Politiknya ?

"Saham-saham atas nama Shamshida, jumlahnya cukup besar, jutaan ringgit, sebab itu kita minta perkara ini disiasat dengan setelus-telusnya", kata Anuar Shaari ketika diminta mengulas hubungan misteri Anwar dengan Shamshida.

"Saya mengaitkan (dokumen ini dengan) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dokumen itu bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar," kata Anuar lagi.

Ketika itu Azmin Ali adalah pegawai kerajaan yang berstatus sebagai Setiausaha Sulit Anwar dan Shamshida Tahrin pula adalah isteri Azmin. Persoalannya berapa gaji pegawai kerajaan berstatus Setiausaha Sulit hinggakan pasangan suami isteri itu mampu membeli saham bernilai puluhan juta ringgit ?

Dari mana Azmin dan Shamshida memperolehi duit-duit 'sampingan' sedangkan gaji hakiki seorang pegawai kerajaan seperti Azmin sekitar RM3,000 sebulan ?

Azmin bukan peniaga besar dan bukan ahli korporat, tetapi dia adalah seorang pegawai kerajaan yang menjaga Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Jadi dari mana Azmin dan Shamsida memperolehi sumber kewangan yang luar biasa itu yang mengalahkan tokoh korporat ternama yang terlibat dalam dunia urus niaga sepenuh masa ? Di sini bermulanya titik persoalan ?

Di sini bermulanya persoalan apakah wujud hubungan misteri di antara Anwar, Azmin dan Shamshida yang menggunakan pengaruh Menteri Kewangan sekitar tahun 1992-1998 untuk memperkayakan diri sendiri ?

Dari mana Shamshida Taharin dapat wang jutaan ringgit ?

Berikut disertakan tiga keping dokumen pembelian saham kepunyaan Shamshida Taharin yang melabur di Multi Purpose, EHS dan Kemayan Oil Palm Berhad.

Ketiga-tiga dokumen Shamshida menggunakan alamat di No 13, Jalan H-1, Fasa 5, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Di Multi Purpose, Shamshida telah mendapat keuntungan sebanyak RM21,731.00 (setelah ditolak kos perkhidmatan broker TA Securities Sdn Bhd) daripada membeli sebanyak 10,000 lot saham dengan harga RM2.17 sen untuk satu lot.

SahamShamshida1

Di EHS, Shamsida telah mendapat keuntungan sebanyak RM280,000 (setelah ditolak kos perkhidmatan broker Rashid Hussain Securities Sdn Bhd) daripada membeli sebanyak 100,000 lot saham bernilai RM2.80 sen satu lot.

SahamShamida2

Di Kemayan Oil Palm Berhad, Shamshida memasukkan keuntungan sebanyak RM250,003.00 ke dalam akaunnya hasil daripada keutungan pembelian saham tersebut.

SahamShamsida1

Ini merupakan beberapa contoh dokumen daripada berjuta-juta saham yang dibelinya.

Persoalannya dari mana Shamsida memperolehi sumber kewangan untuk pembelian saham-saham di syarikat-syarikat gergasi yang tersenarai di BSKL ?

Misalnya Syarikat Multi Purpose atau Multi Purpose Holding Berhad (MPHB) adalah syarikat gergasi yang tersenarai di BSKL sejak dari tahun 1982. Syarikat ini menjalankan perniagaan seperti perjudian dan hiburan, perkhidmatan kewangan, perhotelan, saham dan hartanah & pembangunan.

Salah satu bank di bawah kawalan MPHB adalah Phileo Allied Bank (Malaysia) Berhad dan syarikat perjudian yang dikawalnya adalah Magnum Corporation Berhad. Kondomium Tivoli Villa, Bangsar adalah salah satu projek pembangunan dan hartanah milik MPHB.

Apakah semua ini berkaitan dengan Anwar ?

Menurut Emily Kao Chung Meng (Pengurus Pengurusan Harta Bandaraya Development Berhad ) semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi berkenaan dengan kes salah laku Anwar Ibrahim (1998) mengakui bahawa kondominium Tivoli Villa adalah milik MPHB.

Dua unit kondo telah diberikan kepada Datuk Lim Thian Kiat (TK Lim), Pengarah Urusan MPHB.

Kondo Tivoli Villa menjadi topik utama dalam perbicaraan mahkamah yang mengaitkan hubungan seksual di antara Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin melalui perantara Dato Nallakarupan, Pengarah Magnum Corporation, salah satu syarikat kerjasama dengan syarikat MPHB.

Kedua-dua unit kondo itu telah diberikan oleh Datuk TK Lim kepada Dato Nalla sebagai 'tempat' untuk melayan hiburan tetamu VVIP. Klik di sini

Menurut pengakuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Anwar telah mengarahkan proksinya bernama Tong Kooi Ong, CEO Phileo Allied Bank, untuk mengambil Shamshida Taharin, bekerja di Phileo Allied Bank di Jalan Tun Razak.

Kata Abdul Murad: ''Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.'' Klik di sini

Menurut Zulkifli Sulaiman, Pengurus Besar di Phileo Allied Bank : "Saya amat mengenali Shamshida Taharin. Semasa di Phileo, dia hanya berjawatan Executive Corporate Affairs, di Ibu Pejabat phileo Allied Bank dan juga merangkap Pengarah Syarikat Phileo Pregrine, broker saham kepunyaan Tong Kooi Ong"

"Saya mengetahui bahawa Shamshida adalah proxy untuk Anwar dan juga untuk suami sahnya, Azmin Ali"

"Pendapatannya di Phileo Allied Bank adalah RM5000-00, tetapi dia mendapat benefit lain dari Phileo Pregrine dan anak-anak syarikat Phileo yang lain, jadi keseluruhan pendapatannya berjumlah RM25,000-00 tak termasuk kereta audi dan pemandu serta fringe benefit saperti entertainment expense"

"Kami di Phileo ketika itu tahu tentang connection Shamshida dengan Anwar, malah dia jarang ada di office dan she reported direct to Tong. Shamshida have direct access to Anwar"

Perhatikan kenyataan Zulkifli Sulaiman (seperti yang dibold di atas) "untuk suami sahnya, Azmin Ali". Mendalam kata-kata itu. Bermakna terdapat suami tidak sah Shamshida? Klik di sini

Datuk TK Lim meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan MPHB pada 28 Jun 1999, apabila kes Anwar dan Shamshida dibicarakan di mahkamah.

Dato Nalla yang menjadi 'rakan sepermainan tenis' Anwar pula dipenjarakan kerana didapati bersalah memiliki peluru tanpa lesen.

Jadi apabila dikaitkan dengan laporan polis Anuar Shaari pada 17 November lalu dengan hubung kait kekayaan Shamshida yang luar biasa itu, nama Anwar Ibrahim juga turut terpalit.

Dalam sidang media itu, wartawan turut bertanyakan Anuar adakah dokumen itu berkaitan dengan akuan bersumpah RM3 billion Datuk Abdul Murad Khalid pada tahun 1999, Anuar meminta pihak polis menyiasatnya dengan lebih terperinci untuk menentukan kebenarannya.

"Saya tidak berniat menghukum, tetapi mungkin ada asasnya, kerana jumlah ini cukup besar dan selari dengan apa yang diperkatakan." Katanya.


AIDC