Isnin, 30 November 2009

UMNO

UMNO

Penyakit yang disebut oleh Tun memang TM akui benar dan wujud. Malah anak-anak wakil rakyat sendiri yang menggunakan pengaruh bapanya cuba menyekat cerdik pandai dari menjadi ahli Umno, kononnya ia akan menjadi satu halangan kepada bapanya dan juga diri anak wakil rakyat tersebut. Ada juga anak wakil rakyat, yang rendah tahap pendidikan tetapi mempunyai wang yang banyak kerana menjaga harta bapa dia telah menggunakan kedudukan kewangan untuk menonjolkan diri dengan wang ringgit.

Fenomena ini juga berlaku dalam cawangan-cawangan Umno, wujud cawangan yang dikuasai oleh anak beranak seperti bapa ketua cawamgan, ibu ketua wanita, anak-anak menjadi ketua puteri dan ketua pemuda. Keahlian pula tertutup untuk kelompak yang digemarinya saja. Orang luar yang baru menetap di kawasannya dihalang daripada menjadi ahli cawangan walaupun peringkat bahagian sudah melulus pertukaran masuk. Untuk menambah ahli baru sorry. Jika ada yang ingin menjadi ahli baru, ia akan ditapis habis-habis supaya ia tidak mengancam kedudukan penyandang.