Selasa, 29 Disember 2009

BERANIKAH PAS MEMECAT HASSAN ALI DAN KHALID SAMAD?


Khalid Samad dan Dr Hassan Ali dilihat sebagai kambing hitam yang perlu dikorbankan. Benarkah mereka akan dikorbankan?

Dikhabarkan pada tahun hadapan hukuman akan dijatuhkan. Bagaimana sistem dan prosedur tindakan ? Sudahkah surat pertuduhan dihantar kepada mereka berdua? Apakah akan wujud lembaga pengampunan?

TM dapat merasakan kedua-dua ahli politik dari Selangor ini tidak akan dikorbankan. Kemungkinan jawatan kuasa disiplin parti akan melepaskan mereka bebas tanpa sebarang hukuman.

Silap teknikal atau tidak ada prima facie ke atas mereka berdua. Jika Pas memecat mereka ini akan menyebabkan kapal pakatan terus bocor dan karam dilautan politik Selangor yang sentiasa panas membara.