Selasa, 22 Disember 2009

DS NAJIB DIBALUN PAS DAN PKR SETIAP HARI

Sedar atau tidak kita asyik menuding jari kepada DS Najib. Enjin jet hilang Najib kena balun, PKFZ punya angkara, Najib kena tibai, makin lesu Najib tanpa pembelaan, makin putih rambut Dato Seri. Tak terpikir kah kita semua yang berlaku adalah zaman tingkat 4. Bila DS Najib ambil alih baru dedah semua bangkai yang selama ini ditutup rapat. Apakah ini satu strategi? Cuba tanya 2nd insider.

Isu seterusnya ialah alkisah moron yang anti Tun Mahathir yang bikin havoc dua tiga minggu lalu macam gila meroyan tibai Tun. Mungkin dia mahu Tun menasihatkan Umno supaya memecat dirinya.

Kisah enjin jet hilang, masa Najib jadi Menteri Pertahanan, Najib tu penjaga stor kah? atau kerani Stok? Najib menteri bukan pegawai tak bertauliah atau lebih mudah lain-lain pangkat. Kenapa tak dihebohkan semasa Pak Lah jadi PM. Kenapa tunggu Najib jadi PM.

Cuba check siapa menteri masa subjek hilang. Najib secara jujur berkata masa beliau, tetapi Pak Lah pun ada pegang jawatan tersebut. Mungkin Najib tak perasan sebab pak lah dah dihujung tempoh baru nak pegang Mindef. Maybe tingkat 4 yang sapu...