Jumaat, 25 Disember 2009

HABIS MADU , SEPAH DIBUANG

Pas Kelantan mengguris hati Pas negeri-negeri lain dengan kenyataan terbaru iaitu untuk menyekat kemasukan calon-calon luar bertanding di negeri Kelantan.

Pemimpin Pas Kelantan kini sependapat, sudah tiba masanya Ahli Parlimen 'import' parti itu, kini dieksport kembali bertanding di negeri masing-masing pada pilihan raya akan datang, sekali gus membolehkan semua kerusi negeri itu diwakili anak tempatan.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, berkata Pas negeri akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu selaras kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, kelmarin, yang bersedia meneliti cadangan berkenaan.


Dahulu sewaktu Pas lemah dan uzur, Pas mengumpulkan jeneral-jeneral dan panglima yang kuat-kuat dari negeri lain bagi memastikan kemenangan. Bila dah rasa kuat dan cukup bertenaga nyah kau dari sini. Habis madu sepah dibuang. Tak mengenang budi. Inikah yang dikatakan Islam?