Rabu, 23 Disember 2009
PKR BACUL SETARAF ANJING DI LAMAN RUMAH
Jika kita masuk ke taman-taman perumahan terutama kawasan cina, salakan anjing-anjing dalam kandang memang kadangkalanya mengejutkan kita. Kalau jenis latah akan melatah, jika ada yang sakit jantung boleh runtuh jantungnya. Ini lah hebat salahan anjing. Bukan setakat menyalak bahkan berdiri liar di pintu pagar seolah mahu menerkam ke arah kita.
Tapi bila di luar kawasan, tahap gilanya berkurangan sedikit, radius kegarangan mungkin dalam10 meter sahaja selepas itu dia akan berpatah balik. telinga tunjuk dan esok melipat ke dalam. Anjing ini , jika menyerang kita pantang kita melarikan diri. Kita kena berani berdepan dengan si anjing bahalol ini. Oppps dah jauh dan melalut...jom berpatah balik.
Kisah di atas ada persamaannya kepada PKR kerana takut kepada pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh Kumbang.
Penulis blog tersebut telah berjaya mendedahkan aktiviti Anwar dan Pkr secara tepat dan betul. Takut akan kehilangan penyokong dan sokongan pengundi Anwar telah membelanjakan lebih daripada RM 10 ribu untuk menggodamkan blog tersebut. Hari ini mereka tersenyum dengan kejayaan mereka melenyapkan sebuah lagi pendedahan dan penulisan blog yang sangat informatif.
Anwar dan moderator Anwar gagal menjawab dan menafikan segala hujah-hujah Kumbang. Sudahnya main secara tak gentleman dengan membunuh. Memang bacul, memang dayus Si Kitol.
Kepada kumbang , saya faham beliau amat kecewa dan sedih kerana segala dokumantasi selama ini musnah begitu saja. Bagaimana pun kejadian ini akan menyebabkan kumbang akan menjelma dengan blog baru yang lebih selamat dari penggodam dan elakkan dari pembaca memberi komen.