Rabu, 30 Disember 2009

TAHNIAH !! DREBAR BAS SANI EKSPRESS- DI DAKWA DI MAHKAMAH

Tahniah kepada pihak penguat kuasa undang-undang yang begitu cepat mendakwa pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut minggu lepas di Ipoh. 10 nyawa melayang gara-gara cuai dan didakwa memandu melulu.

Bagaimana pula dengan pendakwaan kes 20 nyawa terkorban di kilometer 290++ berhampiran RR Bukit Gantang oleh bas Super Nice. Bagaimana dengan bas TranStar yang terbalik berhampiran dengan Bukit Tagar? Begitu juga kemalangan-kemalangan bas yang lain. Jika drebarnya dah maut bersama bas adakah pihak pengurusan terlepas dari segala kesalahan.

Bagaimana pula dengan orang yang bertanggungjawab dengan pembinaan jambatan gantung di Kuala Dipang yang mergut 3 nyawa.

Seterusnya sahabat TM memberi beberapa tips menarik bagaimana mengelakkan kemalangan bas ekspreess

Setiap pemandu hanya dibenarkan memandu selama 4 jam dan rehat mandatori 4 jam. Sebuah bas hendaklah mempunyai dua pemandu.

Wujudkan jawatan Inspektor Bas seperti mana yang terdapat dalam penerbangan dan keretapi.

Badan bas hendaklah diluluskan oleh satu badan khas seperti mana DCA meluluskan kapalterbang dan baikpulih kapalterbang. Hari ini bas yang telah siap hanya perlu mendapat kelulusan JPJ sahaja. JPJ tidak menjalankan ujian acid test seperti yang dilakukan oleh oleh pihak-pihak tertentu seperti di UK , Eropah dan Amerika.

Hari ini bas sekolah yang berusia LEBIH 30 tahun masih beroperasi mengangkut kanak-kanak sekolah dan rangka bas yang mengunakan kayu sebenarnya sudah reput. Jika tulang-tulang dan rangka mengunakan besi, maka besi-besinya juga sudah reput. Itu belum ambil kira faktor lain seperti brek, enjin dan sebagainya.

4 Januari 2010 bas-bas buruk ini akan kembali ke jalan raya selepas berehat hampir 2 bulan. TM tidak mahu melihat dalam sebulan dua ini ada kemalangan maut yang melibatkan kanak-kanak.

Seterusnya pihak LPKP HENDAKLAH BANGUN DARI TIDUR YANG PANJANG DAN MERANCANG PROGRAM PENCEGAHAN. Monitor semua bas sekolah, bas ekspress, bas persiaran dan bas-bas lompat yang uzur dan nazak di jalan raya.

JPJ satu ketika dulu bercakap soal buku log pemandu dan akan memeriksa buku log pemandu bas dari masa ke semasa. Adakah program ini berjalan?

Di Perhentian Bas Ekspress Kamunting Taiping, JPJ meletakkan sebuah tenda dan meletakkan beberapa orang pegawai pada waktu-waktu tertentu, tetapi mereka tidak pernah dilihat membuat pemeriksaan terhadap pemandu dan buku log.

Satu perkara lagi punca kemalangan ialah pemandu bas gemar berkomunikasi dengan telefon tangan yang mempunyai sistem push to talk. mereka melaporkan tentang kesesakan lalulintas kepada rakan-rakan online, tentang kemalangan yang berlaku. Pengalaman TM menaiki bas sepanjang 4 jam perjalanan dari Kamunting ke Pudu Raya , pemandu bas tersebut (sorang tu saja) tak henti-henti bercakap. Dia hanya memandu dengan sebelah tangan sahaja manakala tangan kirinya memegang telefon.

Tubuhkan satu jawatankuasa atau lembaga keselamatan bas dan kenderaan awam. Periksa semua bas dan juga teksi-teksi supaya kenderaan awam tidak diistilahkan sebagai KERANDA BERGERAK yang menunggu saat dan ketika untuk meragut nyawa penumpang.