Sabtu, 9 Januari 2010

16.1 JUTA RINGGIT HARI INI SAJA. SEBELUM DAN AKAN DATANG?

Hari ini Perdana Menteri telah merealisasikan janji bahawa Umno adalah juara rakyat. RM 15.6 Juta untuk membaikpulih dua blok pangsapuri yang dibangunkan oleh Talam dan membantu RM 0.5 juta untuk ganti gereja yang dibakar oleh pihak yang sengaja mencetuskan huru-hara dalam negara

Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM15.6 juta bagi membaik pulih 5,000 unit pangsapuri Seri Anggerik dan Seri Cempaka di Bandar Bukit Sentosa, dekat sini yang rosak dipukul ribut lapan tahun lalu.

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api semalam bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.

Umno telah membuktikannya. Apa yang Pakatan Rakyat buat bila ada gereja dibakar?(hanya menyalahkan Umno) Apa kerajaan Selangor buat untuk penduduk Bukit Sentosa yang mana pangsapuri adalah dibina oleh Talam.(milik siapa Talam)

Apakah bantuan kerajaan kepada rakyat sebelum ini. Berapa juta yang telah digunakan dalam membantu mangsa banjir di seluruh negeri. berapa pula pampasan kepada pesawah padi yang mana padi musnah akibat banjir dan kemarau. Berapa pula bantuan kerajaan kepada mangsa ribut dan bencana alam?

Paling menarik juga kerajaan membayar 1 billion ringgit tiap-tiap tahun kepada pengilang gula jika mengekalkan harga yang lama. Bagaimana pula dengan subsidi minyak?

Fikir-fikirkan lah apa lagi yang kita sudah dapat sebelum ini...