Jumaat, 8 Januari 2010

KATHOLIK HERALD KENA BERFIKIR SECARA RASIONAL MULAI SAAT INI


Bantahan dan amarah dari orang Islam sudah mula menjadi panas selepas mahkamah membenarkan kalimah Allah digunakan dalam edaran Mingguan Katholik di Malaysia.

Mungkin umat Islam tidak begitu mengambil kisah dan yakin dengan sistem perundangan yang ada di negara ini dan berharap hakim akan mengambilkira pelbagai faktor dengan melihat kepentingan dan toleransi kaum. Khalayak yakin bahawa hakim akan bertindak bijak dalam menangani isu ini.

Bila keputusan diumumkan oleh Hakim Lau Bee Lan pada petang 31 Disember 2009 ia benar-benar mengecewakan umat Islam di Malaysia. Maka bermulalah kemarahan dan ditambah lagi dengan sistem teknologi maklumat yang ada hari ini menyebabkan berita semakin hangat dan panas.

Ahli-ahli politik pembangkang (PR) juga dilihat sudah tidak sehaluan dalam isu ini. Ada yang menyokong keputusan mahkamah tetapi ramai pula yang menentang.

Jumaat, 8 Januari 2010 kemarahan telah dizahirkan rakyat di masjid-masjid selepas solat Jumaat. Terima kasih kepada pihak polis yang berjaya mengawal keadaan. Bantahan berakhir dengan aman. Tidak ada gas pemedih mata atau pancutan air water cannon. Seratus kali lebih baik daripada demontrasi membantah PPSMI dan GMI.

Kepada Pakatan Rakyat pula, selama ini mereka sering menuding jari kepada kerajaan jika keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan. Pakatan Rakyat sering menuduh kononnya keputusan mahkamah adalah dibawah telunjuk UMNO.

Bagaimana pula dengan keputusan Hakim Lau Bee Lan dalam isu Kalimah Allah. Adakah keputusan itu keputusan Umno atau mereka (PR) telah berkompromi dengan Hakim?

Isu kebakaran tiga buah gereja di Lembah Kelang. Kenapa biadab sangat wartawan yang menemuramah PM menuding jari kepada Umno. Tidak kah dia faham usaha Najib dalam program 1 Malaysia?

Hakim Lau Bee Lan juga dilihat tidak menghormati prinsip 1 Malaysia yang ilhamkan oleh Najib. Jika dia faham akan matlamat 1 Malaysia sudah tentu dia akan melarang penggunaan Allah oleh Katholik Herald.

Kini, KDN berjaya memohon kepada mahkamah agar menangguhkan keputusan yang dikeluarkan pada 31 Disember lepas, bagus lah usaha KDN tetapi apa usaha lain? Apa kuasa veto dalam KDN pula?

TM menyeru kepada Pakiam dan lain-lain ketua-ketua agama Kristian katholik atau protestan atau lain-lain mazhab agar dengan sendirinya menggugurkan tuntutan mereka terhadap kalimah Allah ini.

Bukalah mata dan lihat lah sekeliling anda. Keadaan menjadi semakin panas. Tidak perlu menunggu keputasan Mahkamah Persekutuan atau isu dibawa ke mahkamah antarabangsa. Secara logiknya hendaklah segera membatalkan hasrat mereka serta merta dengan rela hati jika ingin melihat keadaan kembali aman dan tenang.

Malaysia negara yang dihuni oleh berbagai bangsa, Melayu ialah tunjang kedaullatan, Islam adalah agama rasmi. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, Melayu adalah Islam , Tidak ada Melayu beragama lain selain dari Islam. Keislaman melayu bermula sejak kesultanan Malacca lagi atau mungkin lebih awal lagi. ( rujuk batu bersurat dari Terengganu).

Perundingan head to head adalah cara yang baik seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat serta pemimpin Islam yang lain. Nabi Muhammad SAW lebih kepada perundingan dan bukan peperangan. Peperangan adalah pilihan akhir dalam mempertahankan Islam.

Membawa kes ke mahkamah bukan bukan lah satu siri perundingan tetapi ia adalah cara penyelesaian selepas kegagalan perundingan. Cuma mampukah mahkamah memberi keputusan yang adil. Kes yang dibicarakan ialah isu agama, bukan kes curi telur ayam.

Akhir kalam,

Sesungguhnya sifat Allah yang dipegang oleh Islam adalah tidak sama dengan sifat ketuhanan yang dibawa oleh Kristian dalam Perjanjian Baru Kristian.

As the reign of Elizabeth (1558-1603) was coming to a close, we find a draft for an act of Parliament for a new version of the Bible: "An act for the reducing of diversities of bibles now extant in the English tongue to one settled vulgar translated from the original." The Bishop's Bible of 1568, although it may have eclipsed the Great Bible, was still rivaled by the Geneva Bible. Nothing ever became of this draft during the reign of Elizabeth, who died in 1603, and was succeeded by James 1, as the throne passed from the Tudors to the Stuarts. James was at that time James VI of Scotland, and had been for thirty-seven years. He was born during the period between the Geneva and the Bishop's Bible.

One of the first things done by the new king was the calling of the Hampton Court Conference in January of 1604 "for the hearing, and for the determining, things pretended to be amiss in the church." Here were assembled bishops, clergymen, and professors, along with four Puritan divines, to consider the complaints of the Puritans. Although Bible revision was not on the agenda, the Puritan president of Corpus Christi College, John Reynolds, "moved his Majesty, that there might be a new translation of the Bible, because those which were allowed in the reigns of Henry the eighth, and Edward the sixth, were corrupt and not answerable to the truth of the Original."


Oleh itu hentikan sengketa dan konflik ini segera.