Khamis, 14 Januari 2010

ANWAR TAHAP BANGANG-SEPERTI CACING KEPANASAN


Anwar sudah sampai ke tahap bangang. Bangang kerana mahukan pendakwa syarie mendakwa Saiful untuk qazaf. Ironinya kes liwat belum pun didengar di mahkamah sivil.

Kalau cukup bukti Anwar disabitkan dengan salah liwat, tidak kah pegawai pendakwa syarie akan dipandang bodoh? Jika benar dan sungguh pun Saiful hendak dituduh qazaf, tunggulah kes liwat di mahkamah sivil selesai.

Dalam undang-undang keterangan Islam seperti dalam Quran, zina mesti disaksikan dengan 4 saksi, tetapi dalam Quran juga ada menyebut tentang sains dan ia boleh dibuktikan dengan cara saintifik. Peguam syarie Anwar faham akan hukum ini. Akan tetapi dek kerana wang yang banyak mereka bawakan juga hujah mereka walaupun ia tak laku di mahkamah syariah. Ada angin yang menyatakan fee yang diterima oleh peguam Anwar mencecah jutaan ringgit. Kalah menang tidak menjadi persoalan , yang penting masyukkkk....

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 17 Februari depan untuk mendengar bantahan awal tiga responden berkaitan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Hakim syarie Mohd Shukor Sabudin adalah hakim dari mahkamah di Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan sebelum dinaikkan pangkat menjadi Hakim di Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan adalah seorang yang cukup berpengalaman, tegas dan garang.

Diharapkan Hakim Mohd Shukor bijak menganalisa dan mengendalikan kes Anwar. Jika tidak mahkamah syarie akan diporak perandakan oleh Anwar.

Jika permohonan Anwar untuk memindahkan kes liwat dari mahkamah sivil ke mahkamah syarie , adalah lah logik dan releven juga, tetapi ini qazaf. Anwar mungkin tak tahu bahawa kes liwat ada dalam Penal Code dan Criminal Procedure Code. Orang Islam atau bukan Islam boleh didakwa di mahkamah sivil.

Alasan Anwar untuk mendakwa Saiful dengan tuduhan Qazaf ialah untuk mendapatkan perlindungan terhadap maruah dan reputasinya. Ini boleh dibuat di mahkamah sivil juga. Qazaf adalah kes jenayah dan Anwar belum lagi terbukti TIDAK BERSALAH. Jika Anwar tidak bersalah dalam kes liwat, barulah boleh Saiful dituduh Qazaf.

Anwar sengaja membawa kes Qazaf ke mahkamah syarie di Wilayah Persekutuan kerana beban bukti kepada Saiful amat berat. Memang tak ada 4 saksi yang menyaksikan kejadian liwat. Tak mungkin Anwar akan membawa 4 orang saksi untuknya meliwat Saiful. Itu sudah jadi macam wayang lah pula.

TM berharap Hakim Mohd Shukor Sabudin bijak menangani kes dan politiking Anwar yang cuba mengheret mahkamah syarie dalam kes beliau. Harap Hakim akan buat keputusan tangguh permohonan Anwar untuk Qazaf sehingga bicara kes liwat selesai.

Kes Anwar amat menarik untuk diikuti. TM berharap pelajar-pelajar undang-undang di Universiti tempatan dan luar negara dapat mengikuti kes ini. Begitu juga ustaz-ustaz yang dulunya menyokong Anwar dan mengkritik Saiful supaya dapat turun ke Mahkamah Syarie WP pada 17 Februari 2010 (Rabu).

Anwar sebenarnya nak paksa pendakwa syarie buat kes sekarang. Ini kerana ada alasan untuk Anwar untuk tangguh kes liwat. Dia mahu Saiful ke mahkamah syarie dahulu. Jika Anwar menang di mahkamah syarie makan dia akan bebas dari kes liwat secara moralnya. Inilah politik Anwar.

Kalau dihalusi lagi tindak tanduk Anwar dalam kes liwat dan qazaf. Motif sebenar Anwar ialah bukan setakat melengahkan kes tetapi lebih besar lagi ialah mengucar kacirkan sistem perundangan dan sistem mahkamah sivil dan syarie.

Jika kedua-dua sistem mahkamah ini tidak memihak kepadanya , lihat lah nanti. Anwar akan hentam habis-habisan sistem perundangan negara ini.

Bila dia disingkirkan dari kabinet dan dipecat dari Umno. Anwar membawa slogan Malaysia tidak ada demokrasi. Kerajaan korup dan bermacam-macam lagi tuduhan. Ini yang disebut oleh Anwar dalam sidang akhbar di rumahnya di Bukit Damansara sebaik sahaja beliau dipecat.

Begitu juga dengan demontrasi pertamanya di Masjid Negara 1998. Di Masjid Negara Anwar kelihatan cukup begis bagaikan harimau kelaparan, tetapi apabila Tun Sanusi Junid muncul dihadapannya bersama dua orang rakan MCKK. Anwar terus kaku dan kecut bagaikan besi panas yang dicelup ke air,

Menyingkap kisah Anwar sewaktu dipecat cukup mengharukan. Ketika itu anak-anak muda yang menyokong Anwar hari ini masih kecil dan tidak mengetahui secara total. Sebab itulah anak-anak muda hari ini cukup menyanjung tinggi Anwar. Ini kerana Anwar bijak bermain politik.

Kes Liwat dan Qazaf ini cukup menarik. Saiful membuat aduan beliau diliwat oleh Anwar dalam sebuah bilik. Sudah tentu tidak ada 4 saksi. Saiful juga bersumpah bahawa tuduhan dia terhadap Anwar adalah benar. Ingat!! Saiful adalah mangsa. Dia bukannya menuduh Anwar meliwat dengan orang lain. Jika Saiful membuat tuduhan qazaf sedemikian rupa maka Saiful perlu mambawa 4 orang saksi untuk membuktikan tuduhannya.