Jumaat, 1 Januari 2010
BIARKAN GULA NAIK HARGA
Gula telah menjadi satu barang wajib dalam masyarakat kita tanpa mengira bangsa. Malaysia merupakan diantara penguna gula tertinggi dunia walaupun jumlah penduduknya tak sampai 3o juta.
Sebelum perang Israel Mesir 1967, harga gula ialah 15 sen setiap 600gm. Pada ketika itu penggunaan gula amat rendah kerana jumlah penduduk tidak sanpai 10 juta.
Hari ini dengan jumlah penduduk yang mencecah 30 juta. (27 juta) dan pertumbuhan sektor pembuatan makanan maka permintaan gula semakin meningkat.
Dahulu hanya terdapat sebuah kilang memproses gula iaitu Gulaprai. dan bahan mentah iaitu gula merah datang dari Filippina.
Perlis dan Kedah kini merupakan pengeluar gula utama , itu pun belum mampu membekalkan gula kepada pengguna tempatan. Takkala negara kekurangan gula. syarikat gula tempatan masih mampu mengeksport bahan tersebut ke luar negara kerana harga gula di pasaran dunia amat tinggi. Seperti juga minyak, beras, tepung dan l;ain-lain. gula juga diseludup ke negara juran kerana penyeludup meraih keuntungan besar.
Gula mempunyai kesan negatif terhadap tubuh badan manusia. bagaimanapun pelbagai usaha dan kempen dijalankan oleh kerajaan agar pengguna mengurangkan pengambilannya tetapi ia tidak memberikan impak yang besar kepada rakyat. Gula menjadi sebahagian hidup orang kita. Tanpa gula tidak sempurna hidup mereka.
Walaupun kementerian kesihatan buat 1000 kempen setahun, tahap penggunaannya terus meningkat. Rakyat tidak takut akan obessiti dan kaki dipotong bila sudah terlalu tinggi kandungan gula dalam darah.
Tidak ramai orang mampu minum kopi dan teh tanpa gula. Satu ketika dahulu TM juga adalah pengguna gula dengan kadar yang tinggi dalam minuman, tetapi setelah melihat kesan buruk gula terhadap tubuh manusia. Hari ini TM mampu minum kopi dan teh tanpa gula walaupun sesudu. Jika ada orang yang cuba meletakkan gula dalam minuman TM tetap minum dan selepas itu cepat-cepat cari air kosong untuk menghilangkan rasa manis di lidah, sebenarnya lidah kita boleh dilatih supaya menolak gula. lebih enak dan lazat untuk minum teh dan kopi tanpa gula.
Minuman dalam tin, botol dan kotak mempunyai tahap kemanisan yang terlalu tinggi, begitu juga dalam kueh muih yang dijual dipasar malam dan pagi atau pun kuih yang dihidangkan di hotel-hotel , semuanya manis-manis. Samalah juga dengan kek, mana ada kek yang tidak manis? Lagi yang manis ialah jem dan kaya untuk disapu pada roti.
Masyarakat kita akan kembali kurus dan sihat jika pengambilan gula dapat dikurangkan. Kos rawatan kesihatan yang ditanggung oleh kerajaan pun dapat dikurangkan dan menjimatkan kewangan negara. ( yang ini Salehhudin Barry Wain tak nampak).