Jumaat, 29 Januari 2010

ILHAM MEWUJUDKAN INKUBATOR DALAM BLOG

Baru-baru ini TM telah berbincang dengan seorang rakan blogger. Hasilnya ialah satu cetusan idea untuk membentuk satu ruang yang disebut inkubator.

Konsep ini ada diambil dari hasil lawatan TM bersama Biro Ekonomi Pemuda Umno Perak sewaktu Taman Teknologi Bukit Jalil di perkenalkan. Ketika itu taman tersebut beroperasi di Bandar Tun Razak sebelum berpindah ke tapak sekarang di Bukit Jalil.

Tujuan taman teknologi ialah untuk melahirkan usahawan-usahawan Malaysia terutama bumiputra yang mempunyai idea dan produk untuk dipasarkan tetapi menghadapi masalah pemasaran. pembungkusan , modal, networking dan sebagainya.

Oleh itu mereka dikumpulkan dalam satu taman dan segala bantuan dihulurkan oleh pakar-pakar yang ada samada dari universiti atau mereka yang sudah berjaya.

Apabila pengusaha ini berjaya dan telah kukuh maka mereka akan dikeluarkan dari taman tersebut untuk berdikari.

Konsep inilah yang cuba diterapkan dalam penulisan blog. Kita faham apabila sesuatu laman blog dimulakan ia memerlukan tapak sebagai suapan untuk memperkenalkan blog mereka kepada umum.

Hari ini ada blog yang sudah lama muncul tetapi masih belum ada rank didalam alexa.com, malah jika ada pun ia berada diranking ke 25 juta. harapan TM ialah untuk membantu rakan-rakan baru atau blog baru supaya dapat menguasai media ini. terutama untuk menghadapi PRU 13.

Blogger-blogger Pas sudah lama bertapak dan telah berjaya menguasai media ini dan pengaruh mereka cukup besar. blog perisik rakyat berjaya mengatasi blog-blog lain baik dari pihak PR ataupun BN.

Harapan TM supaya tuan-tuan pengendali blog dapat membantu mereka yang baru.

  1. Malaysiakini 3,571
  2. Utusan Malaysia 5,115
  3. Berita Harian 6,466
  4. Malaysia Today 11,562
  5. Harakah Daily 14,876
  6. Tun Mahathir 55, 565
  7. Lim Kit Siang 102, 345
  8. Perisik rakyat 166,440
  9. Rocky's Bru 166,524
  10. Agenda Daily 186,92
  11. Albanjari 214, 555
  12. 1Malaysia 244, 670
  13. Parpu kari 247,457
  14. Unspinner 325, 598
  15. GAP 419, 515
  16. AIDC 442, 230
  17. RBF 510, 311
  18. Kadirjasin 533, 210
  19. Dap 643,442
  20. Suara Keadilan 659,716
  21. Dr Novandri 696, 689
  22. Blog Nik Aziz 698, 864
  23. Depa kata 724, 330
  24. Gomo 763, 403
  25. Taipingmali 933,920 ptg ini 29/1/10
  26. Amin AMK 1,035,637
  27. Neutraldaily 1,219,971
  28. Umno Online 1, 323, 204
  29. Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan 1, 747, 401
  30. Anwar Ibrahim 1,886,681
  31. Unit Media Baru 1,988,264
  32. Panglima Perang Cyber 2,026,567
  33. KJ Rembau 3,029, 352
  34. Dewan Pemuda Pas Perak 3, 388, 72