Anwar dilanda kemurungan , stress dan anxiety;
Nampaknya mulai hari ini Anwar akan berkurung dalam rumah dan tidak akan mengadakan ciri ceramah perdana beliau.
Anwar juga sudah cukup penat seperti pahlawan kehabisan peluru. Senjata yang tinggal hanya air liur basi sahaja.
Anwar cuba mengheret kes liwat ke mahkamah syariah tetapi hakim bertindak bijak dengan menangguhkan kes sehingga kes selesai disebut di mahkamah sivil.
Adalah tidak betul sekiranya mahkamah syariah membuat keputusan siapa salah dan siapa betul tentang kes qazaf tanpa menunggu kes liwat selesai dibicarakan.
Sebagai contoh untuk dikaji ialah kes deraan Nirmala Bonat. Setelah selesai kes jenayah majikannya , Nirmala menfailkan saman terhadap majikannya dan kes akan berjalan mengikut kesesuaian dan ketentuan mahkamah.
Esok Sabtu adalah hari Cuti Thaipusam dan Isnin ialah Cuti Hari Wilayah dan keesokannya ialah 2 Februari , kes Anwar vs Saiful akan bermula tanpa gagal.
Persoalannya ,
Apakah tindakan Anwar. Adakah Anwar akan menggunakan 10 ribu pemuda Pas yang akan berhimpun di Perak mulai esok sebagai perisai terakhir untuk mengelakkan diri daru hadir ke mahkamah, atau akan menyembunyi diri di kedutaan Turki lagi, atau akan bersama Ayah Pin untuk naik ke langit.
berikut adalah petikan Utusan Malaysia;
Kes liwat: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan terakhir Anwar
29/01/2010 11:12am
KUALA LUMPUR 29 Jan. – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak rayuan terakhir Ketua Pembangkang, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting pendakwaan dalam kes liwatnya.
Perbicaraan kes liwat Anwar selama sebulan sepatutnya bermula pada 25 Januari lalu, tetapi ditunda kepada 2 Februari ini atas arahan Mahkamah Persekutuan.
Ia bagi membolehkan Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya hari ini berhubung rayuan terakhir Anwar untuk mendapatkan semua dokumen penting bagi tujuan pembelaannya. – Utusan