Jumaat, 29 Januari 2010

KJ DIMINTA LETAK JAWATAN

KJ hendaklah garang dan berani macam Dr Zamry

Ketua Pemuda dilihat menghadapi tekanan sejak akhir-akhir ini. Kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan tahun lalu tidak bertahan lama.

Sewaktu hari penamaan calon PRK P59 Bukit Gantang, KJ kelihatan cukup gembira dan bersemangat, nanum ia tidak berpanjangan.

KJ tidak lagi garang di parlimen seperti dahulu dan kehadirannya juga banyak yang lompong. Malah bukan dia seorang saja, ramai lagi menteri yang kalah dalam pemulihan parti baik dari Umno atau BN seolah-olah merajuk dan tidak berminat untuk hadir ke persidangan.

Pihak pembangkang juga tidak ada bezanya ramai yang tidak hadir ke persidangan bukan kerana sibuk tetapi kerana malas dan malu kerana tidak fasih berbahasa. Nak bercakap kena baca teks dan teloo nya macam apek jaga kandang babi. ho ho ho ho.....

Berbalik kepada KJ, kemurungan terus memuncak kerana kegagalannya dalam melobi untuk jawatan timbalan menteri yang kosong akibat perletakan jawatan. Sekembalinya KJ dari Mekah ia masih belum cukup untuk mengembalikan semangat bekerja dan semangat sebagai seorang Ketua Pemuda.

KJ dilihat semakin lemah berbanding Ketua Pemuda sebelum nya iaitu Hishamuddin. Pemuda tidak boleh mengikut rentak veteran Umno. Pemuda hendaklah berani bertindak, mestilah lebih brutel, lebih garang, lebih menunjukkan semangat pemuda yang tidak takut dan tidak tunduk kepada sesiapa.

Zahid Hamidi, DS Najib, telah membuktikan pemuda berani. Masih ingat peristiwa di TPCA? Semangat pemuda diterjemahkan oleh DS Najib Razak ketika itu.

Zahid Hamidi juga garang sehinggakan berani menempelak Tun Mahathir dalam persidangan Umno dalam soal kroni dan nepotisma.

Tapi sayang kerana Zahid terlalu taksub dan terpengaruh dengan Anwar Ibrahim, sehinggakan Zahid ditangkap di Sabah sewaktu Anwar di pecat dari Umno. Bagaimana pun Zahid kekal hingga ke hari ini kerana sikapnya yang berani mengakui kesilapan. Cuma peristiwa menghunus keris sahaja yang TM agak terkilan. Ia kerana ketua pemuda memohon maaf kerana peristiwa itu.

Kepada KJ anggaplah ini sebagai satu cabaran dan bukan tamparan. Meletak jawatan tidak bererti kalah. Berundur tidak bererti lemah. Nabi besar kita juga pernah berhijrah ke Madinah bukan kerana merajuk dan kalah.

Demi kekuatan pemuda KJ mesti berfikiran positif, jika sudah kehilangan semangat dan kekuatan, eloklah berundur dahulu dan berilah ruang kepada orang lain untuk membaiki dan memulihkan semangat pemuda yang hari ini sudah tidak ada taring lagi.

Pergilah ke ceruk manapun Pemuda semuanya tidur, malu , malas untuk berjuang. Tambahan pula dengan masalah dadah yang menyerang pemuda-pemuda kampung hari ini. KJ juga selain berpolitik beliau juga hendaklah bekerja sama dengan AADK dalam memerangi masalah dadah dan rempit.

KJ pikir-pikirlah.