Rabu, 27 Januari 2010

PELANCARAN LAMAN WEB UMNO NEGERI DAN UMNO BAHAGIAN PERAK


Satu majlis pelancaran Laman Web Umno Perak dan bahagian-bahagiannya akan dilancarkan di Ipoh pada Sabtu ini. Semua bahagian Umno Perak akan hadir dan mereka terdiri daripada Ketua Bahagian , Ketua Penerangan dan pegawai IT Pemuda, Puteri dan Wanita Bahagian.

Turut hadir ialah blogger politik penyokong BN dan pemain aktif dalam facebook . Menteri Besar Datuk Seri Dr Zamry akan merasmikan Pelancaran pada malam tersebut.

Dalam menjayakan program ini, satu bengkel media baru turut diadakan dan Datuk Kadir Jasin dijemput untuk membentangkan kertas kerja beliau.

Pada masa yang sama Timbalan Perdana Menteri akan melancarkan Laman Web Politik Beliau di Angkasapuri .