Rabu, 27 Januari 2010
"KULA JANGAN CELUPAR" RAVI CHANDRAN
YB Kula Segaran Ahli Perlimen Ipoh Barat nampaknya tidak begitu senang hati dengan Saudara Ravi Chandran Ketua Unit Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak, merangkap Exco Pergerakan Pemuda BN Negeri Perak.
Keceluparan Kula seolah-olah dia seorang kepala samseng yang mencabar Ravi untuk berdebat dengan menyuruh beliau membawa rakan seramai 3 orang untuk berdebat.
Haha...Lihat..Kula bukannya bijak berdebat kerana menyuruh Ravi membawa 3 pemuda BN dan dia juga akan membawa 3 pemuda Dap. Kalau dia berani one by one lah.
Kula juga menuduh Tekun menjual borang dengan harga RM 40 ringgit sehelai. ini bermakna kakitangan Tekun Perak telah membuat duit atas angin dengan menjual borang. Ini satu tuduhan yang berat.
Kula sebenarnya berdendam kerana Ravi dan rakannya dalam BN telah berkerja kuat untuk menjadi Juara Rakyat. Pusat Khidmat dan Aduan BN telah banyak membantu rakyat yang memerlukan bantuan.
Salah satu kemarahan Kula dan Dap terhadap Ravi ialah pendedahan Ahmad bin Aki bekas orang kuat Dap Perak dan sidang media bulan lalu. En Ahmad Aki merupakan bekas ahli Dap sejak 1968 dan tidak mendapat pembelaan sepenuhnya oleh Dap. En Ravi telah membantu En Ahmad dalam meneruskan kehidupannya sebagai warga emas.
bersambung.