Sabtu, 13 Februari 2010
BLOG CINA ISLAM CEMARKAN BENDERA PERAK
Gambar di atas di ambil dari blog cina Islam, Sayang seribu kali sayang beliau tak faham undang-undang tubuh kerajaan negeri dan akta pilihanraya.
Tak faham atau buat-buat tak faham. sebagai seorang ahli politik dia sepatut membaca dan faham segala jenis undang-undang yang ada dalam Malaysia.
Bendera Perak bukan sahaja dicemari dengan kempen BUBAR DUN PERAK malah perbuatan tersebut juga menghina Institusi Raja di Perak.
Pas cuba menggunakan bendera Perak yang semua faham ia adalah simbolik kepada sistem raja iaitu, Sultan, Raja Muda dan Raja Dihilir supaya membubar DUN.
Pas faham bahawa hanya Sultan sahaja yang berhak untuk membubarkan DUN. Mereka juga cuba membuat provokasi agar DR Zamry melatah, marah dan menyambut cabaran Pas supaya memohon kepada Sultan untuk membubarkan DUN.
Namun segala usaha dan provokasi Pas gagal mempengaruhi pihak-pihak di atas.
Maka Pas melabelkan Umno gentar dan tidak berani membubarkan Dun. Ditambahkan lagi dengan penghinaan sebagai Perampas. Najib sebagai perampas.
Hari ini isu MB sudah reda, tetapi timbul pula isu Speaker. Pas masih menganggap perlantikan speker baru Dato R.Ganesan tidak sah.
Nizar sendiri memohon agar Dr Zamry menerima Sivakumar sebagai Speaker sebagai syarat untuk bekerjasama.
Nampaknya isu Speaker menjadi agenda penting Pas selepas isu MB selesai.