Sabtu, 27 Februari 2010

BN JUARA RAKYAT

Taiping 27 Februari - Bertempat di Padang Awam Kampung Boyan, Barisan Nasional Taiping bersama JKKK Kg Boyan dan Mayang  telah berjaya mengadakan satu program Juara Rakyat.

Dato Shalimin selaku Pengerusi BN Taiping sekali lagi menjemput  Dato Seri Dr Zamry Menteri Besar Perak  untuk hadir dan memeriahkan majlis tersebut.

Semalam, Dato Seri sehari suntuk berada di Taiping untuk program Maulidur Rasul peringkat negeri, menyampaikan bantuan dan penyerahan kunci rumah PPRT di Changkat Ibol. Program terakhir beliau semalam ialah walk about di pasar malam Bukit Gantang.

Dalam program Juara Rakyat tadi, pelbagai program telah disediakan untuk penduduk setempat dan tetamu yang hadir.

Pelbagai gerai pameran oleh jabatan kerajaan dan swasta  disediakan oleh penganjur untuk  pameran dan sebagai sumber maklumat kepada rakyat.

Bagaimanapun tetamu lebih tertumpu kepada ucapan oleh Menteri Besar yang mengupas isu-isu semasa.

Dr Zamry dalam ucapannya menyebut Kerajaan yang ada akan membantu semua kaum tanpa melihat warna kulit dan bendera politik.

Beliau juga berbangga melihat sambutan rakyat dari pelbagai kaum sama-sama duduk semeja untuk memeriahkan majlis. 

Beliau juga mengulang bahawa Dato Ngeh Kor Ham juga banyak dibantu oleh Dr Zamry sewaktu beliau menjadi Exco Perak dahulu. baginya yang penting ialah bantuan kerajaan sampai kepada rakyat di bawah.

Oleh itu pihak pembangkang tidak perlu mengugut dengan bermacam-macam permintaaan untuk bekerja sama dengan kerajaan sekarang.

Dalam majlis ini Dr Zamry juga menyampaikan cek bernilai RM 230 ribu bantuan Kerajaan Persekutuan untuk rumah orang-orang kurang upaya ( OKU/Berida) di Simpang Taiping (kawasan P59 Nizar).

Pihak BN Taiping juga memohon peruntukan 3.5 juta ringgit untuk mengatasi masalah banjir di Taiping.

Esok Ahad 28 Feb Dr Zamry akan berada di Manjung dan Pulau Pangkor untuk majlis sambutan Tahun Baru Cina.