Rabu, 3 Februari 2010

ISU PANAS : DATUK NASIR SAFAR ; MIRIP KES AHMAD IBRAHIM

KUALA LUMPUR, Feb 3 — Presiden Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali (gambar) bersimpati dengan nasib Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, yang memutuskan untuk meletakkan jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa berunsur perkauman semalam.
Saya bersimpati dengan Nasir Safar. Saya faham mengapa Nasir Safar keluarkan kenyataan macam itu, meluahkan perasaan macam itu,” kata beliau kepada TheMalaysian Insider ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata isunya bukan Nasir tetapi “kita kena tahu mengapa beliau bercakap demikian.”
“Tapi mengapa Nasir Safar cakap-cakap macam itu... sebab dia luahkan macam itu,” katanya.
Ibrahim mendakwa Nasir kemungkinan bercakap demikian ekoran pelbagai isu menyentuh hak orang Melayu yang dipersoalkan oleh bukan Melayu sejak kebelakangan ini.
“Dulu kita ada Ahmad Ismail (bekas Ketua Umno Bukit Bendera), sekarang Nasir Safar. Lepas ini mungkin ada lebih ramai macam Nasir Safar,” katanya.
Ibrahim berkata jika beliau dalam keadaan Nasir sudah pasti akan bercakap dengan lebih keras.
“... patut saya cakap, tapi saya dah tua,” katanya.
Nasir mengeluarkan kenyataan itu yang menyinggung perasaan orang India pada majlis Rapat 1Malaysia di Melaka pagi semalam.
Kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri lewat petang semalam menyebut “kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir di Melaka tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri.”
“... Nasir tidak berhasrat untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan menghina. Beliau bercakap dengan panjang lebar sumbangan semua kaum dalam pembangunan negara,” kata kenyataan itu.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, Nasir memohon maaf atas sebarang masalah yang timbul dan oleh itu akan melepaskan jawatannya.
Bagaimanapun Nasir yang dihubungi The Malaysian Insider memberitahu:
“Saya tidak menggunakan perkataan ‘pendatang’. Saya hanya mengatakan negara telah maju dengan adanya orang Cina dan India, dari dulu hingga sekarang, datang ke sini untuk bekerja.”
Malah beliau juga menolak dakwaan bahawa telah mengugut untuk melucutkan kerakyataan bukan Melayu yang menuntut hak mereka dihormati.
“Saya tidak mengugut sesiapa dan saya tiada niat untuk berbuat demikian.
“Anda tahu saya sangat rapat dengan orang MIC. Saya hanya berkata adalah tidak baik untuk membuat tuntutan-tuntutan macam itu memandangkan komuniti lain akan bertindak balas,” katanya lagi.
Beberapa pemimpin MCA, MIC dan Gerakan memulaukan sesi Nasir dengan bertindak keluar dari dewan persidangan ekoran kenyataan menyinggung perasaan itu.
Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rusta

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


PUTRAJAYA 3 Feb. - Kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuat oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar pada seminar 1Malaysia di Melaka semalam, telah disalah tafsir, kata Timbalan Pengerusi Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Najieb Mokhtar.
"Beliau telah mengendalikan 60 ceramah sepanjang tahun lepas dan pada tahun ini sahaja sebanyak 22 ceramah, dan tidak pernah wujud sebarang penyalahtafsiran selama ini dan ketidak fahaman selama ini. Kami yakin isu ini timbul akibat provokasi,” katanya kepada pemberita hari ini.
Seramai 20 orang wakil kelab itu berkumpul di hadapan pondok pengawal Jabatan Perdana Menteri hari ini bagi memberi sokongan kepada Nasir yang didakwa mengeluarkan kata-kata pada satu seminar yang menyinggung perasaan kaum-kaum tertentu. - Bernama