Rabu, 3 Februari 2010

SETAHUN DR ZAMRY DAN SETAHUN Ir NIZAR

Selepas Nizar mengangkat sumpah dan sah menduduki kerusi MB, kita dapat lihat setiap hari media Pas melaporkan kunjungan hormat orang-orang Pas  dari seluruh pelusuk rantau yang siling berganti keluar masuk SUK dan Kediaman rasmi beliau.

Laman-laman blog Pas cukup teruja dengan situasi politik Pas di Perak. Seorang sahabat berkata " Mana kita sangka , kita menang sikit saja tapi Sultan lantik jadi Menteri Besar, kita terima kasih sangat-sangat kepada Sultan"

Yang TM nak lampu tinggikan ialah kegairahan orang Pas dengan MB mereka. Nizar kata "Kami hanya makan nasi bungkus kerana kesibukan dalam menjalankan tugas, hari-hari orang datang"

SUK pula bukan saja menjadi tempak lepak orang Pas tetapi juga juak-juak Dap yang lebih selesa ke SUK untuk bertemu MB sebenar mereka iaitu Ngeh dan Nga.

Nizar lebih laku di kediaman rasmi,  rumah rasmi seolah-olah telah menjadi markas pusat Pas Perak.

Suasana amat berbeza setelah Pakatan Rakyat di Perak kehilangan majoriti. hilangan 3 kerusi ( 1 Dap dan 2 Pkr) yang menjadi ahli bebas dan menyokong BN. ( Bagaimanapun BN agak cemas kerana satu adun Umno telah menukar baju kepada Pkr selama 2 minggu)



Senario berbeza sekali selepas Dr Zamry mengambil alih, BN mengambil alih selepas Pakatan hilang 3 kerusi. Ingat!!! hilang nombor dalam dewan DUN ( PR 31-3 dan BN 28+3)

Sepanjang setahun Dr Zamry bertugas sebagai pegawai eksekutif  SUK kembali tenang begitu juga dengan rumah rasmi MB. Malah Dr Zamry mengambil masa yang lama untuk menduduki rumah rasmi tersebut. Dr Zamry memberi ruang dan masa yang secukupnya untuk Nizar memindahkan semua barang-barangnya.


Tiada lagi rombongan Cik Kiah seperti yang dibuat oleh Pas, SUK  dan rumah rasmi tidak lagi menjadi Universal Studio bagi orang Pas.


sekian,