Isnin, 22 Februari 2010

Lawatan Sehari Raja Muda Perak Ke Pangkor

pangkor33
pangkor17pangkor11 

PANGKOR, 19 Feb -- Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah pada hari Jumaat berkenan melakukan lawatan sehari ke Pulau Pangkor, tempat kelahiran dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang diiringi Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim memulakan program dengan menghadiri majlis penyampaian sumbangan kewangan untuk para pelajar miskin serta golongan miskin di Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor di sini pada sebelah pagi.

Baginda turut berkenan meninjau kawasan Kampung Masjid yang terletak berdekatan Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor selain turut melawat ke rumah keluarga Menteri Besar yang terletak dalam kampung berkenaan.

Pada sebelah tengah hari, Raja Nazrin berangkat untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Teluk Raja Bayang di sini dengan diringi Zambry, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria serta para pemimpin negeri dan tempatan.

Pasangan diraja itu mengakhiri program lawatan dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Masyarakat Pangkor di Dataran Pangkor di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha.