Jumaat, 26 Februari 2010

MUSNAHKAN POKOK BERNAMA UMNO

Pokok besar bernama Umno sudah pun berusia 64 tahun jika di Amerika pokok tersebut adalah pokok redwood dan jika di Sarawak pokok tersebut ialah pokok belian dan di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini ialah Chegal atau Merbau. Ini merupakan  pokok-pokok besar, kuat dan berharga yang mendominasi sebahagian besar muka bumi, tingginya, besarnya dan tinggi harganya.

Umno bolehlah diibaratkan sebuah pokok. Pembalak sama ada halal atau haram berebut-rebut untuk mendapatkan kayu-kayu yang berharga ini. Jika di USA redwood juga yang semakin pupus kerana diburu oleh penyangak kayu. Di hutan Terengganu pun telah ditunjukkan kepada awam sebuah pokok cegal yang terbesar di Tanah Melayu tetapi dikhabarkan ia sudah ditebang. betul ker?

Pokok yang bernama Umno tidak boleh dibiarkan terus hidup yang menguasai bumi disekelilingnya. Ia perlu dimusnahkan. Pokok Umno paling liat nyawanya. Dibakar, di racun dikerat dan dirintis tidak juga mati.  Sukar untuk dimusnahkan. 

Usaha untuk membunuh pokok ini tidak pernah mati, sejak dimula berpucuk dan bertunas sudah ada usaha jahat untuk melenyapkannya dari muka bumi.

Bagaimanapun ia tetap gagah menongkat langit. Pembalak celaka ini pernah hidup dan kenyang di atas pokok tersebut.  Tetapi sejak tersungkur dan rebah kebumi kerana terlalu berangan-angan di dahan pokok ia menjadi seorang pendendam. Pokok Umno perlu dimusnahkan walaupun terpaksa menggunakan bom dan roket dari negeri atas angin.