Malam ini TM pasang semua radar, dah dapat info paling menarik. Pas Perak dan Pakatan Rakyat akan membawa kes ini ke mahkamah keadilan antara bangsa di Geneva jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan Dr Zamry sebagai Menteri Besar Perak.
Wah, hebatnya Nizar, berapa banyak wang rakyat (derma jihad) akan dibelanjakan oleh Nizar demi mencapai cita-cita tamak haloba macam apa ek?
Nama Nizar sebelum ini tidak begitu popular dalam check list Pas tetapi melonjak naik selepas Sultan Perak memilih beliau untuk menjadi Menteri Besar. Tambah popular apabila Sultan Perak mengikhtiraf Nizar dengan bergelar Dato Seri.
Al-kisah terjadi bila Nizar and the gang hilang 3 kerusi dan akibatnya Nizar diminta melepaskan jawatan oleh Sultan Perak. Berhenti atau tidak, jawatan MB hilang buat Nizar bila Sultan bertitah demikian.
Ironinya Nizar tidak dapat menerima keputusan Sultan, dan beliau menyembah derhaka. Bagaimanapun dia masih menganggap dirinya MB yang Sah. Dalam ceramahnya dia menyatakan bahawa dia adalah MB pilihan rakyat.
Wah hebatnya, pembohongan Nizar, dia lupa dia mengangkat sumpah jawatan dalam Istana. Lupa bahawa gelaran Dato Seri adalah anugerah Sultan.
Jika Nizar ingin membawa kesnya ke mahkamah antara bangsa di Geneva Switzeland menampakkan bahawa Nizar and the gang sekali lagi menderhaka kepada Sultan Perak dan juga YDP Agong.
Nizar and the gang tidak layak menjadi rakyat Perak mahupun rakyat Malaysia jika tidak menghormati Rukun Negara dan sistem kehakiman dalam negara.
Tidak ada nas yang logiknya untuk Nizar membawa kes ke mahkamah antara bangsa. Jika Nizar membawa kes ke Geneva ia juga menyebabkan Nizar akan terus mengabaikan kawasan P.59 Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang.
Hari ini orang P59 sudah merungut kerana Nizar tidak turun padang untuk membantu rakyat tetapi hanya turun untuk berceramah. Masalah penduduk di abaikan.
Berceramah tidak akan menyelesaikan masalah rakyat. Kalau dia turun ke kawasan Nizar hendaklah duduk dan mendengar luahan rasa rakyat. Jika ada yang perlu dibantu, maka Nizar perlu membantu segera.
Nizar berceramah di merata daerah dan negeri dan isu ucapan ialah melabelkan BN dan Najib sebagai perampas kuasa.
Bijak sungguh bagi Pas berpolitik. Tak perlu menyelasaikan masalah rakyat, cukup dengan hanya turun dan bagi ceramah. Ceramah maki hamun.
Nizar sepatutnya turun sendiri ke Bkt Gantang dan Pasir Panjang, bukan dengan menayang 4 buah Toyota Hilux sahaja.