Selasa, 23 Februari 2010

PAS YANG SEMAKIN MENYELEWENG

Aduan Salah Laku Kepimpinan PAS Pusat Serta Tabung Guaman.

1.0 Tabung Guaman: Setakat ini jumlah terkumpul dari Tabung Guaman adalah RM10,100.00. Hanya menunggu perlantikan peguam secara sah dan akan dimasukkan wang tersebut dalam akaun amanah. Saya bercadang untuk tidak pegang walau satu sen pun wang derma ini. Ia akan disimpan oleh firma guaman yang saya ambil nanti.

1.1 Di bawah adalah kemasukan RM10k dari seorang penderma budiman
bernama “anak”. Jelas beliau seorang yang amat sayang dengan PAS dan tidak
rela PAS ditunggang oleh mereka yang dah lapar sangat nak bersekedudukan
dengan UMNO.









2.0 Perkembangan kes:

2.1 Dari sumber-sumber dalaman yang saya dapat, saya mendapati Tuan
Haji Mustafa Ali tidak pun membaca aduan saya tersebut. Ia masih tersimpan
dalam sampul yang telah di “seal” di atas meja beliau di Pejabat Jalan Raja
Laut. Mungkin beliau masih terlalu sibuk untuk “handle” kes ini buat waktu ini.
Kita “huznu Zan”.

2.2 Dalam temuramah beliau dengan Malaysiakini, walaupun beliau berkata
kes itu dalam siasatan. Saya bersyukur dan saya menunggu tindakan seterusnya
dari Dato Mustafa

2.3 Saya yakin dalam minggu depan saya akan dapat mengambil khidmat
guaman. Sekarang ini senarai peguam saya telah jatuh kepada dua: seorang
perempuan dan seorang peguam aktivis yang biasa menolong mereka2 yang ditangkap
kerana berdemo.

Sebagai penutup, diminta semua mendoakan kejayaan usaha saya ini. Apa yang saya mahu hanya KEADILAN dan kalau PAS tidak mampu memberi keadilan, tak payah cakap pasal Islam lagi.

Kepada sesiapa yang berminat untuk berderma, boleh melakukan demikian di:

Maybank-164173601834-Abdul Rahman Abdul Talib

Nabi SAW pernah bersabda:

“Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tanganya”. Ini adalah cabaran kepada PAS.