Cerita yang ingin dikongsi bersama ialah mengenai seorang peserta program tanam semula getah dari puak Pas. Sebagai ahli pembangkang kita sedia maklum bahawa apa sahaja program kerajaan semunya tidak kena pada jiwanya.
Terkejut juga bila mendengar dia bercerita sakit-sakit badan kerana mengangkut 12 beg baja subsidi Risda yang beratnya 25kg satu kampit. TM pun mula mengusik peserta ini dengan pelbagai soalan.
Bila dia sedar bahawa soalan-soalan perangkap yang ditujukan kepadanya, dia pun mulalah mengkritik Risda. Antarnya kutukannya ialah;
- Baja tak ada kualiti, pasir lebih dari bahan baja.
- Benih getah adalah tidak berkualiti
Itulah sedikit karenah peserta Risda. Ada yang TM dapat tahu, ada benih depa jual, ada baja depa jual. Akan datang kita buka cerita peserta Felcra pula.