Rabu, 10 Februari 2010

KU LI PERLU HANTAR SURAT MOHON KELUAR UMNO

Ku Li dahulunya musuh politik kepada Anwar Ibrahim sehinggakan beliau menggerakkan satu pasukan untuk menjatuhkan Tun Mahathir dan juga Anwar Ibrahim.

Kegagalan misi Ku Li dalam tahun 1987-88 telah membawa kepada pebubuhan Semangat 46 seperti yang sedia maklum.

Hari ini Ku Li buat hal lagi. Pertamanya memberi ucapan mengenai royalty minyak oleh Kelantan dan Ku Li juga memihak kepada Nizar Jamaluddin sebagai MB yang sah.  Sebagai ahli ada MP Umno Ku Li sudah boleh dihukum oleh jawatan kuasa disiplin Umno. Atau lebih senang , kalau dah tak suka dengan Umno, istyharkan keluar parti. Senang cerita. Berikut ialah petikan dari blog CIFUT BABI.



Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.
“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat-melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
“Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”
Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.
“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.
Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.