Khamis, 25 Februari 2010

TURUN PADANG DAN BALIK KAWASAN

"Turun padang atau balik kawasan: Pasai apa  berlaku? La ni riuh PM dan MB suruh wakil rakyat (WR) dan Ketua Bahagian (KB), Pasai apa?

Ni lah padahnya bila Umno diperbadankan ( the incorporated Umno), Umno yang diperdagangkan. Kalu KB danWR tak dak, tak dak lah istilah turun padang, sebab depa memang tak duduk di kawasan.

Dulu depa duduk dalam kawasan, Ada kenduri kendara, sakit demam, mati , beranak , sakit depa sampai , pasai depa dok dalam kawasan. Dulu WR orang kampung, cikgu, ustaz, penghulu.

Rumah depa seguni gula tak cukup sebulan, pasai ramai rakyat mai. WR kenai semua orang, kenai semua pengundi, paksu, pakngah , tokngah semua kenai, sampai anak cucu depa yang dok jauh pun WR ingat.

Pesan suruh balik mengundi. Anak-anak had dok mengaji di UM pun depa ingat, Had jadi cikgu mengajaq di Ulu Tembeling Pahang pun WR ingat.

WR dulu buleh bergurau dengan orang kampung. buleh cucuk pinggang dan bersilat. gagau teluq pun depa buat. Kalau kenduri kendara WR mai awai  kalau dan dia pun ke dapur, kalau dan dia tolong basuh pinggan, makan pi cari kat dapuq , tak makan dalam kemah.

Pasai WR atau KB dulu-dulu adalah the society tapi la ni WR  hanya a part of the society. Pasai apa?

Pasai WR/KB adalah orang Koperat.  Orang koperat mana buleh dok di kawasan. Depa kena dok dalam pekan besaq. Rumah besaq, kereta besaq.Nak jumpa rakyat kena buat appointment. Kena tunggu bila WR free. Kena pergi opis baru buleh jumpak.

Nak jumpa WR pun kadang-kadang susah, banyak tapisan, Yang penapis ni pulak lebih WR dari WR. Nak jumpa DO pun lagi mudah.

Dulu masa nak jadi WR, hueh (haus) tapak kasut merayap sampai ke subuh minta undi. Dah menang rakyat pulak hueh tapak kasut ulang alik pi pejabat WR.

Ada yang tunggu sampai ke subuh nak jumpa WR. Masa nak bertanding punya la berlakon, dah menang lagi banyak lakonan. Last-last rakyat meluat, Dulu WR merakyat. La ni jangan salah rakyat kalau rakyat pilih pakatan rakyat"

Itulah luahan rasa seorang sahabat masa minum kopi petang di salah sebuah warung. TM teringat Dato Mohd Abas Veteran politik dari Bagan Serai yang pernah jadi wakil rakyat 5 penggal.

Apapun yang baik tu kita kena akui lah.

sekian.