Ahad, 28 Mac 2010

ANWAR DITOLAK OLEH ORANG TAIPING

Semalam Sabtu 27 Mac Anwar telah berada di Taiping sepertimana yang telah dijanjikan. Sayang sekali kali ini majlis anjuran Pas dan Dap sekali lagi tidak mendapat sambutan.

Kurang 200 yang hadir. Lebih baik daripada hari Jumaat. Hari ini Spy Leman memaklumlan Pas dan Dap memang  telah masuk ke gereja St Luois di Regat Convent untuk menyampaikan ceramah dan penerangan tentang Islam kepada penganut Khatolik.

Pas mungkin memberi penerangan tentang isu kalimah Allah kepada penganut Kristian yang bersembahyang setiap pagi Ahad. Tindakan dilihat sebagai tindakan terdesak untuk mengambil hati dan menagih simpati daripada bukan  Islam dalam pengaruh politik mereka untuk PRU 13.

Pas sedar bahawa mereka masih lemah berbanding Pkr dan Dap. Pas juga terdesak kerana kekuatan Pkr semakin berkurangan dan menunggu saat untuk rebah menyembah bumi.

Timbul pula perasaan belas kasihan kepada Pas yang selama ini mendabik dada kononnya merekalah hero, merekalah yang hebat di dunia politik tanahair hari ini.