Khamis, 25 Mac 2010

Anwar enggan ulas pendedahan Zulkifli Noordin

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, semalam bahawa beliau pernah diarah untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Anwar yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dilihat kurang senang dengan soalan yang dikemukakan wartawan sebuah portal berita.

"Tak payah...tak payahlah, tanya dialah siapa yang arah, I tak tahu, dia tak sebut nama. Kalau dia sebutpun, I tak layan sangat. "Sebagai seorang wartawan yang bagus, jika dia kata dia diminta oleh seseorang, kamu patutnya tanyalah dia. Dia sekarang di Parlimen," katanya.

Wartawan wanita berkenaan kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya ingin tahu sama ada Anwar menafikan perkara itu atau sebaliknya.

Anwar berkata: "Ini satu kenyataan yang tidak wajar daripada seorang wartawan...siapa bayar awak untuk bertanya soalan ini?"

Apabila wartawan itu cuba menyatakan bahawa beliau mahu berlaku adil dan hanya sekadar ingin mengetahui cerita sebenar di pihak Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terus menyindirnya.
"Apa maksud kamu mahu mendapatkan cerita dari pihak saya. Dia tidak sebut nama, adakah dia kaitkan saya," katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan Zulkifli supaya kerajaan menggugurkan kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi, sebaliknya meneruskan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Syariah, Anwar berkata itu tidak membawa sebarang makna kepadanya.

YB Zul dan YB Azmin bergaduh di lobi parlimen !!


Adakah mereka bertengkar di parlimen???atau apa agaknya yang diperbualkan
begitu serius antara Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak,Azmin
Ali dengan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar, Bharu Zulkifli Nordin
sejurus selepas beliau membuat pendedahan mengenai akuan bersumpah
fitnah Perdana Menteri di Dewan Rakyat.