Isnin, 8 Mac 2010

ANWAR KALAH LAGI OLEH UNDANG-UNDANG YANG DILULUSKAN DALAM PARLIMEN

Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 11 tahun lalu adalah sah di sisi undang-undang, kata Mahkamah Persekutuan.

Panel terdiri Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong sebulat suara mengetepikan rayuan terakhir Anwar untuk mendapatkan perintah bahawa pemecatannya daripada jawatan kabinet pada 2 September 1998 melanggar Perlembagaan.

Hakim Alauddin berkata, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk memecat ahli kabinetnya.