Khamis, 18 Mac 2010

BERANIKAH ANWAR SAMAN ZAHRAIN , RM 100 JUTA?

Semalam Anwar betul-betul merah padam muka dan akhirnya pucat lesi, toreh muka dengan pisau pun tak akan nampak darah.

Anwar betul-betul marah sehingga meninggalkan dewan.

Di luar dewan dia menafikan segala tuduhan Zahrain. TM menyarankan supaya Anwar menyaman sahaja YB Zahrain.

Baru betul Anwar anak jantan. kalau dok jaja dalam ceramah sahaja bermakna apa yang disebut oleh YB DS Zahrain adalah benar belaka.

Zahrain tidak berbohong di dewan sebaliknya menceritakan pembohongan Anwar.