Sunday, March 14, 2010
Kenapa kita kena boikot Utusan Malaysia ?
- akhbar tersebut selain menjadi alat Umno hanyalah saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat.
- akhbar tersebut selain menjadi alat Umno
- saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat.
- Akhbar ini terus menerus tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah dan melaga-laga kaum di negara ini.
Hujah di atas disiar oleh Kelab GreenBoc, blogger pro pembangkang dalam mengulas kenyataan Angkatan Muda KEADILAN Gombak yang mahu rakyat terus memboikot akhbar Utusan Malaysia sehingga bankrap kerana didakwa sering menyebar fitnah terhadap pimpanan parti dan Pakatan Rakyat.
Ketua AMK Gombak Jefrin Muhammad telah melancarkan "Kempen Ganyang Akhbar Utusan Malaysia" di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Taman Melawati Khamis lalu
Berita di atas juga telah disiarkan oleh blog http://malaysia.sompost.com dan http://wargamarhaen.blogspot.com ..
Untuk rekod, 27 Mei 2008 mereka juga telah menggesa agar rakyat memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia seperti yang disiar blog Anwar Al Juburi ( klik sini )
Nampaknya hak kebebasan bersuara dalam media tidak ada dalam agenda pembangkang jika ia tidak menepati selera yang mereka mahukan.
Jawapan kita :
- Dakwaan akhbar tersebut selain menjadi alat Umno hanyalah saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat adalah sangat salah dan palsu. Setakat ini terbukti yang mereka-reka fitnah adalah akhbar Harakahdaily dan Suara Keadilan. Lihat beberapa pendedahan yang dibuat oleh blogger termasuk isu Ketua Polis Negara dan juga Naib Canselor UUM yang pernah difitnah hingga dibawa kes ke Mahkamah dan terbukti mereka bersalah dan diperintah membayar RM 7 juta kepada Tan Sri Nordin Kardi dan Universiti Utara Malaysia. Lihat penipuan terbaru di sini
- Dakwaan akhbar tersebut selain menjadi alat Umno juga salah. Kerana akhbar rasmi Umno bukanlah Utusan Malaysia. Namun kerana keberanian Utusan Malaysia menyiarkan pembohongan Pakatan Rosak maka ia dilihat suara kepada Umno/BN. Walhal Pas dan PKR lah yang memiliki akhbar rasmi mereka sendiri yang sangat padat dengan statistik dan info yang jelas ingin mengelirukan kita sebagai rakyat agar tidak memberi taat setia kepada kerajaan yang menjalankan tanggungjawab berdasarkan perintah Ydp Agong.
- Dakwaan Utusan menjadi saluran untuk menyebar dakyah dan menanam bibit kebencian terhadap Pakatan Rakyat juga tidak benar. Kerana pihak yang menanam kebencian lagi 'dahsyat' ialah akhbar mereka. Cuba teliti siapa yang memburukkan kerajaan, Perdana Menteri, SPRM, Polis, Hakim termasuk agensi kerajaan seperti BTN ? ye jawapannya adalah akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Mereka tidak pernah sedikitpun memberi sokongan kepada pimpinan kerajaan walhal mereka menerima kebaikan yang disedia oleh kerajaan pimpinan Umno yang diberi tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Bahkan akhbar mereka penuh dengan kutukan dari awal hingga akhir halaman yang diterbitkan.
- Dakwaan Akhbar Utusan terus menerus tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah dan melaga-laga kaum di negara ini juga tidak tepat. Kerana Utusan adalah akhbar yang mengutamakan integriti dan tertakluk kepda akta mesin cetak dan tidak boleh sesuka hati mengeluarkan artikel atau berita yang boleh menjejaskan keamanan negara. Namun dalam hal ini Harakah dan Suara Keadilan ( termasuk akhbar picisan yang pro pembangkang seperti Siasah ) terbukti hanya pandai menanam bibit kebencian kepada kerajaan dan menghasut rakyat untuk mengadakan demonstrasi yang jelas menimbulkan huru hara di negara kita.
Semoga sedikit jawapan balas di atas dapat menerangkan kepada rakyat bahawa akhbar yang tidak beretika adalah Harakah dan Suara Keadilan. Mereka menuduh Utasan Malaysia tetapi hakikatnya mereka sendiri yang tidak bermoral dan beretika di dalam mengamalkan penulisan berita dan artikel yang boleh memberi faedah kepada agama,bangsa dan negara.
Utusan Malaysia perlu meneruskan usaha membongkar lebih banyak lagi penipuan mereka kerana Utusan Malaysia adalah suara kita sebagai rakyat dan jika kita tidak pertahankannya maka akan mudahlah mereka yang sudah lama ingin meruntuhkan agama, bangsa dan negara kita ini untuk memerintah negara kita.
Harap idea ini akan disebarkan oleh sahabat sekelian... Terima kasih