Khamis, 4 Mac 2010

KOMEN PAKATAN ROSAK JIKA ADA YANG ROSAK

Lawak bodoh PR berterusan sejak dahulu, sesiapa saja yang meninggalkan parti PR semua akan mendapat jawapan yang standard. Berikut ialah kenyataan Nga Kor Ming terhadap Mohsin.

"Ahli Parlimen Taiping yang juga Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, pula berkata Mohsin sebenarnya sudah dinilai oleh kepemimpinan PKR yang menunjukkan beliau tidak berkhidmat secara berkesan sebagai wakil rakyat.

Katanya, Mohsin sedar beliau akan digugurkan daripada dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bertindak keluar parti.


"Pakatan Rakyat bersyukur Ahli Parlimen 'opportunist' seperti ini keluar sekarang kerana Pakatan Rakyat akan bersih dan menjadi lebih kukuh selepas ini. "

Agaknya dalam minggu ini jika ada lagi  orang kuat Pkr yang keluar parti Nga akan beri komen yang sama. Nak tengok jika Saifudin Nasation atau Azmin Ali keluar Pkr, apa kah komennya Nga tetap sama.