KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyarankan ketiga-tiga pilihan raya peringat Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Tempatan boleh di lakukan serentak bagi menjimatkan kos pengurusan pilihan raya.
Guan Eng berkata pilihan raya secara demokrasi untuk memilih Ahli-ahli Majlis Perbandaraan adalah perlu bagi memberi kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan dan agar keadilan dapat di laksanakan.
"Saya telah mengutuskan surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Piliha Raya agar pemilihan ini di adakan dan Pengerusi SPR akan memberi jawapan pada minggu depan.
"Tetapi kita sudah tahu jawapan yang akan diberikan oleh SPR kerana sebelum ini Perdana Menteri sudah mengeluarkan kenyataan pilihan raya tersebut tidak perlu dilakukan kerana faktor pembaziran wang dan juga bersifatkan politik," jelas beliau pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.
Beliau berharap sebelum keputusan dilakukan perbincangan awal perlu diadakan bagi mengetahui tujuan sebenar pilihan raya itu hendak dilakukan disamping peruntukkan yang terdapat di dalam Perlembagaan.
"Kerajaan Pulau Pinang telah menghantar surat kepada Pengerusi SPR pada 4 Mac mengatakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat pada 3 Mac lepas, keputusan telah dibuat supaya pilihan raya perlu di adakan bagi membuat pemilihan Ahli-Ahli Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) dan juga Seberang Prai (MPSP)
"Peruntukan di dalam 113(4) Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan.
"Justeru itu, bagi melancar dan melaksanakan proses pilihanraya yang dicadangkan, kami memohon agar SPR dapat memberi pandangan berkenaan dengan proses pilihan raya kerajaan tempatan yang dicadangkan dengan secepat mungkin," sambungnya.