Selasa, 30 Mac 2010

LAPORAN CERAMAH PERDANA PAKATAN RIOT DI TAIPING

Malam tadi di Taiping giliran Misbahlol , Kalid Gereja dan Azmeen Alee mengambil tempat dalam ceramah mereka. Misbahlol membawa isu katak di Perak dan Keburukan kerajaan dan MB mahkamah.

Kalid Gereja membawa isu kalimah Allah , Isu katak 3+1 di Parlimen dan memburukkan katak-katak , bagaimana Pas menjalin persahabatan dengan Pkr dan Dap dan beberapa isu lain,

Azmeen pula isu kerajaan berkebajikan di Selangor, Isu air percuma, isu bantuan warga tua, bantuan pengkebumian, isu rumah pangsa Jalan Enggang di Lembah Keramat, Isu liwat, isu Yusof Qardawi , isu katak 3+1 dan isu hubungan Pkr dengan kerjaan dunia khususnya Amerika.

Bagaimanapun ketiga-tiga ceramah ini gagal dan tidak mendapat sambutan. Yang hadir ialah majority Pas totok. mereka datang berkeluarga.  Tidak ada masalah parking kerana tak ramai orang. Kehadiran lebih dari malam sebelumnya. kurang 300 orang.