Rabu, 10 Mac 2010

MEGA PRK AKAN BERLAKU DI PERAK SELEPAS 30 MAC 2010

Speaker Dato' Ganesan akan memanggil persidangan Dun pada 30 Mac 2010 bersamaan hari Selasa.

Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat YB DS Nizar Jamaluddin telah membayangkan bahawa mereka tidak akan hadir ke persidangan kali ini kerana memboikot dan tidak mengiktiraf Menteri Besar Mahkamah dan juga tidak  mengiktiraf  Speaker Dato Ganesan.

Oleh yang demikian persidangan kali ini akan berjalan secara aman dan tanpa sebarang gangguan. Impak yang besar ialah kepada pihak pembangkang kesemua 28 Adun akan kehilangan kerusi masing-masing kerana tidak hadir sidang.

Jika ini benar-benar berlaku, ia menggambarkan keberanian pihak pembangkang. Satu PRK besar-besaran akan diadakan pada bulan April atau Mei. Kesemua kerusi milik Pas, Pkr dan Dap akan dipertandingkan semula ekoran daripada memboikot dewan pada 30 Mac 2010. TM menyeru kepada Umno dan BN Perak untuk bersiap sedia dari sekarang untuk merampas semua 28 kerusi milik pembangkang dalam Mega- PRK nanti,

Bagaimanapun, cerita boikot dewan ini hanya auta Nizar, Nga dan Ngeh sahaja. Dulu pun macam tu juga. Hujung-hujung datang juga, siap pakai baju istiadat.