Media melaporkan hari ini bahawa puak-puak pembangkang terus tidak menghormati teguran YDP Agong dalam ucapan pembukaan semalam. MP kebanyakkan perpendidikan tinggi dan berpengalaman dalam kerjaya politik mereka. Sepatutnya mereka lebih berhemah dalam menggunakan peluang yang ada.
Dewan Rakyat adalah tempat yang betul untuk mereka menyampaikan hasrat dan cita-cita politik. Jika suara mereka tidak dipersetujui oleh majoriti yang hadir makan MP pembangkang kenalah faham itu adalah sistem demokrasi yang sebenarnya.
Suara ramai suara majoriti. Yang kalah hendaklah mengikut keputusan dan menghormat keputusan yang dibuat. Memberontak dan menunjukkan sifat kurang ajar elok dijauhkan dan dielakkan semasa berada di dalam dewan. MP bergelar yang Yang Berhormat.
Berhormat kah anda jika perangai macam haprak.