Seawal pagi tadi semasa TM masuk opih. Rakan teman datang tanya isu pilihanraya PBT. Dia mengadu dalam keadaan bengang tahap gaban kerana ada melayu haprak Pas dok sokong cadangan Lim Guang Eng. Dia tanya apa pendapat TM.
Jawapannya mudah saja.
Ahli Dap telah lama menguasai bandar-bandar besar seperti di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain tetapi setakat menjadi Adun atau MP sahaja. Ahli majlis PBT masih dikuasai oleh kerajaan Pusat dan negeri.
Dap tidak mempunyai suara dalam PBT. Ini lah agenda utama mereka untuk mengubah senario politik PBT. Di Perak sebaik saja Pakatan menang dan menguasai Perak. Dap telah menyerang semua PBT. Serangan ala Hitler atau Gestapo. Melantik ahli majlis baru, menghilangkan kuasa YDP dan ada juga yang mengambil alih kuasa YDP.
Pendapatan kerajaan negeri pula banyak bergantung kepada cukai yang dibayar oleh penduduk kawasan bandar yang rata-ratanya penduduk bukan melayu. Muslihat Dap ialah untuk mengusai PBT dan mengurangkan segala cukai pendapatan. Dan juga untuk menguasai semua tender dan projek PBT yang banyak diberikan kepada kontraktor bumiputra.
Di Perak sebaik sahaja Dap memerintah , usaha pertama ialah membatalkan semua saman tertunggak yang rata-ratanya dibuat oleh puak-puak Dap, seperti saman parking kereta. PBT Perak rugi ratusan ribu runggit kerana Dap membatalkan semua saman tertunggak. Itu baru satu kes.
Pelik dan ajaib nya orang melayu kampung yang dapat banyak faedah dan bantuan kerajaan negeri menyokong isu Dap ini. Melayu ini tak lain dan tak bukan ialah melayu haprak Pas. Blog Unspinners juga menulis isu ini.
So kepada Melayu yang mendapat banyak bantuan dari kerajaan negeri dan pusat, fikiralah betul-betul agenda jahat DAP.