Rabu, 24 Mac 2010

PKR Khianati Saya - YB Mohsin

Bukan sahaja disisihkan cabang dan dipecat daripada PKR. Tapi YB Mohsin turut dikhianati oleh pegawai khas beliau yang dilantik cabang Bagan Serai dan datang kononnya ingin membantu tetapi mengkhianati  beliau kembali dengan membuat bermacam-macam salah guna kuasa.

Antara contoh kelakuan yang tidak amanah dilakukan ialah ;

1. Encik Munawir  Mahmud,naib pengerusi Bagan Serai meminta tandatangan YB Mohsin dengan letterhead kosong. Maknanya YB Mohsin tidak tahu apa yang akan dibuat dan dimaklumkan dengan letterhead itu.Perkara itu dilakukan dengan alasan YB jarang balik ke kawasan walaupun menurut YB Mohsin sendiri beliau sering pulang ke bahagian tiap-tiap minggu.

Maknanya apa? Encik Munawir ada kepentingan dengan letterhead kosong inilah..Apa lagi?


2.Encik Abdul Malik bin Latif, ketua penerangan Bagan serai pula langsung tidak menjalankan tugas selaku pegawai khas tetapi rajin pula membuat permohonan pelan tanah  dan segala permohonan PLB di Bukit Merah disimpan oleh beliau.Maknanya juga beliau pasti ada kepentingan dalam PLB di Bukit Merah.

Jadi apa nak dikatakan lagi..Sudahlah tidak amanah dan membuat salah-guna kuasa..kini pandai-pandai pula menuduh YB mendapat habuan daripada pihak UMNO.

Rakyat tak bodoh brother..kalau PKR baik dan menghargai YB Mohsin., dia tak keluar PKR lah..

Bersambung..

Apakah watak yang akan dipermainkan oleh Pembangkang menjelang Sidang DUN akan datang!



Yang mana satu agaknya watak sesuai untuk V. Sivakumar yang mau kasi gamat lagi sidang Dewan Undangan Negeri Perak 30 Mac ini.

Ini mengenangkan cakap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang anggap Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Tronoh tu berkelakuan seperti watak dalam cerita kartun apabila masih mendakwa dirinya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Sivakumar baru-baru ni pun keluar surat panggil sidang DUN lepas Speaker yang sah selepas Datuk R Ganesan hantar surat sama. Bukan apa…ramai kawan-kawan dok tumpang gelak bila cakap bab ni.Seronok teringat lakonan Sivakumar masa sidang DUN lalu sampai kena usung keluar dewan punya buat hal.

Bagi yang berpeluang tengok secara langsung sandirawa ini memang terasa macam kartun.

Satu dunia tahu mahkamah dah istihar Datuk seri Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Besar yang sah.

Kalau nak kira tak patut ada yang buat bising lagi.

Macam kata Tan Sri Muhyiddin ,"Jadi nak kata apa lagi pun tidak tahulah, tidak berpijak di bumi nyata, berlakon atau jadi macam kartun, biarlah budak-budak tengok televisyen cerita kartun Sivakumar ini bagus juga," katanya pada wartawan selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 Sabtu.

Tapi kalau nak pegang watak Cicakman macam Sivakumar dia kena ada ilmu tebal muka.

Dia peduli apa nasihat mintanya terima kenyataan dan bukannya membuang masa dengan terus berpolitik sehingga menjejaskan kerja-kerja pembangunan negeri."Dia seorang wakil rakyat, buatlah kerja, nanti kalau menang balik nak jadi Speaker atau Menteri Besar itu lain cerita," kata TPM.

Ikut ceritanya ramai orang Perak yang dah fedup tengok depa dok buat gila tak habis-habis masa sidang DUN.

Kawan-kawan yang dah lama makan garam politik tahu sangat Sivakumar peduli apa.Kartun tak kartun janji dia boleh bikin gamat.

Esok bila kena usung keluar dewan lagi dia akan akan putar balik lagu lama…dia dikasari…jubah Speaker dia koyak rabak dan macam-macam lagi.

Kata orang sebelum Perang Jepun dah tahu nawaitu Sivakumar.

Apapun kesian juga kalau nak point kat dia seorang saja.Semua orang tahu bekas MB Datuk Seri Nizar and gang dok backing habis kerja-kerja mengarut ni.

Ada yang tanya sampai bila?

Jawabnya mudah…sampai pilihanraya umum ke 13 lah.

Senang cakap depa rasa kalau tak buat gila macam tu takut nanti orang Perak rasa depa dah lembik angkat bendera putih.

Nothing to lose ...tak gitu.