Jumaat, 5 Mac 2010

PKR NAK RUNTUH: NIK AZIZ SESAK NAFAS: JANGAN ADA PRK SUDAH LAH

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata sebelum ditempatkan di wad orang kenamaan HUSM, Nik Aziz dibawa ke hospital berkenaan hanya untuk menjalani pemeriksaan biasa di bahagian Klinik Jantung HUSM.

Katanya, ketika menjalani pemeriksaan, Nik Aziz tiba-tiba mengadu sakit di dada sebelum doktor mengarahkan Menteri Besar itu dimasukkan ke wad orang kenamaan bagi memeriksaan lanjut.