- Plus menubuhkan unit penyelamat seperti bomba di setiap Unit, contohnya jika di Taiping ialah di bawah N4. Semalam sebuah lori telah terbakar hangus di km 230 arah Selatan. sewaktu bomba dan penyelamat tiba dari Kamunting. Lori sudah musnah sama sekali dan membahayakan pengguna lain. Sekiranya setiap pejabat atau R&R menyediakan unit bomba dan paramedik sendiri.
- Plus juga perlu ada skuad ronda bermotosikal besar untuk memantau jalan dan kenderaan yang banyak melakukan kesalahan. Paling tidak menyenangan ialah lori yang bergerak malam melalui lebuhraya. Ada yang tiada lampu belakang dan tayar koyak menyebabkan halangan dan gangguan. Lori yang dalam keadaan tidak selamat tidak patut dibenarkan berada di lebuhraya.
- Skuad bermotosikal ini juga boleh menghalang lori-lori daripada behenti sesuka hati di lebuhraya. Di Ipoh setiap malam lori-lori besar menjadikan kawasan berdekatan toll Jelapang sebagai kawan rehat dan tempat tidur. Padahal kawasan rehat sebenar tidak lah begitu jauh dari tempat tersebut, Kawasan rehat paling dekat ialah Simpang Pulai jika ke arah Selatan dan Sungai Perak jika ke arah Utara.
Satu perkara lagi yang kurang enak didengar ialah mengenai Touch and Go atau Smart tag. TM difahamkan oleh orang dalam Plus bahawa Touch N Go dikendalikan oleh syarikat lain, Plus hanya menjual isian atau reload kad saja. Sedangkan yang buat untung ialah orang lain.