12 Mac, 2010 12:37 PM
"Tak Kenal Maka Tak Cinta" Kawasan Pensiangan
Oleh Rozie Jumat
NABAWAN (Sabah), 12 Mac (Bernama) -- "Tak kenal maka tak cinta" - Itulah bunyi ungkapan yang sering bermain dalam fikiran Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi yang selama ini hanya mendengar keluhan rakyat Sabah dari jauh terutama yang berkaitan masalah sekolah di kawasan luar bandar di negeri ini.
Berbekalkan keazaman untuk membela nasib warga pendidik dan pelajar sekolah di luar bandar, rombongan Kementerian Pelajaran baru-baru ini melakukan satu perjalanan yang jarang sekali dilakukan "Orang Kuala Lumpur".
Mohd Fuad dan rombongan sanggup berjalan kaki menyusuri sungai, bukit bukau dan meredah hutan belantara sejauh 12km dari Kg Kuala Sinapar, dekat sini, ke SK Saliliran, Pensiangan yang terletak berhampiran dengan sempadan wilayah Kalimatan Timur, Indonesia.
Setiba di SK Saliliran, rombongan Mohd Puad dengan segera menyelami pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk terutama berkaitan pendidikan dan keciciran pelajar.
"Selama ini saya hanya dengar keluhan rakyat di sini melalui wakil rakyat mereka dan hari ini saya lihat sendiri rungutan mereka berasas.
"Saya amat bertuah sampai di sini dan walaupun baru sampai saya sudah merasai apa yang orang kampung harapkan selama ini...kita perlu tolong mereka," katanya kepada rombongan pemberita yang mengikuti beliau ke kawasan terpencil itu.
PEMBINAAN LEBIH BANYAK ASRAMA
Program turun padang yang penuh mencabar ini jelas sekali memberi harapan baru kepada penduduk luar bandar khususnya di daerah Nabawan. Daerah kecil Pegalungan dan perkampungan sekitar Pensiangan terletak di bawah jagaan Pejabat Daerah Nabawan.
Selama ini hanya mereka yang benar-benar bertahan dan bersemangat mampu meneruskan pendidikan sehingga ke sekolah menengah di Nabawan atau di Keningau, iaitu dua bahagian pedalaman di Sabah.
Sempena lawatan kerja selama tiga hari itu, Mohd Puad telah mengumumkan pembinaan lebih banyak asrama di kawasan luar bandar dan sebuah sekolah menengah rendah di pekan Pensiangan, sebuah kawasan strategik yang pernah menjadi pusat pentadbiran bagi daerah Pensiangan Nabawan satu ketika dahulu.
"Pembinaan asrama ini amat penting bagi mengatasi masalah murid yang terpaksa berjalan kaki meredah hutan ke sekolah. Misalnya pelajar atau murid SK Saliliran terdiri daripada penduduk Kg.Saliliran, Kg.Lilimpi, Kg.Siubol, Kg.Holobon, Kg.Tampuluk dan Kg.Malalia.
"SK Saliliran adalah sekolah pilihan mereka kerana di sekitar kawasan itu tidak ada sekolah rendah dan kedudukan geografinya yang berbukit-bukau dan berjauhan antara satu dengan yang lain," kata beliau.
JARAK SEKOLAH JAUH
Berdasarkan tinjuaan Bernama, antara kekangan utama mengapa berlakunya keciciran ialah faktor kemiskinan serta jarak sekolah yang jauh dari kampung asal pelajar.
Sebenarnya, isu seumpama inilah yang cuba diatasi segera oleh Kementerian Pelajaran yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat termasuk di luar bandar, yang jelas menuntut pengorbanan besar termasuk mengadakan program turun padang seperti yang dilakukan di Nabawan.
Mohd Fuad berkata sebagai contoh, murid dari Kg Kabu (kampung yang bersempadan dengan Lumbis, Indonesia), di Nabawan mengambil inisiatif menjadikan sebuah rumah guru sebagai asrama dengan penduduk kampung bergilir setahun sekali menjaga penghuni asrama itu.
"Hanya apabila cuti sekolah, mereka akan pulang ke kampung dengan meredah hutan selama lapan jam dan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam perjalanan termasuk ancaman binatang liar," katanya.
Justeru itu, Mohd Puad berkata sebagai orang yang bertanggungjawab dalam soal pendidikan beliau akan memastikan masalah yang dihadapi murid dan warga pendidik di sekolah-sekolah terpencil diatasi.
KOS PENGANGKUTAN TINGGI
Sementara itu, Antabu Enih yang merupakan ketua Kg Kabu menyambut baik cadangan kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah di kawasan itu.
"Saya fikir dengan adanya sebuah sekolah menengah di kawasan ini sudah pasti lebih ramai pelajar dari mukim ini dapat meneruskan pelajaran di peringkat sekolah menengah.
"Untuk bersekolah di Nabawan, ia memerlukan perbelanjaan yang cukup besar termasuk kos pengangkutan yang tinggi dan sebab itu ramai pelajar yang tercicir dan apabila ada sekolah menengah di Pensiangan sekurang-kurangnya meringankan bebanan kami yang memperoleh sumber pendapatan yang terhad," kata Antabu.
Antabu mempunyai dua anak bersekolah di Nabawan dan tidak lama lagi seorang lagi anaknya menyusul manakala anak sulungnya bersekolah di Indonesia (yang terletak di kawasan sempadan Pensiangan-Kalimatan Timur) dan menumpang dengan saudara mara.
Bagi Agim Sula, pengerusi JKKK Kampung Saliliran, perhatian yang diberi kerajaan untuk membangun rakyat melalui pendidikan dapat dilihat daripada kesungguhan yang ditunjukkan oleh Mohd Puad yang sanggup berjalan kaki untuk melihat sendiri keperluan penduduk di kawasan ini.
Selain Sk Saliliran, Mohd Fuad turut melawat SK Kuala Salong, SK Pensiangan, SK Loggongon, SK Tinanduk dan SK Sibanggali dalam lingkungan kawasan daerah kecil Pagalungan.
Turut menyertai rombongan itu ialah Pengarah Pelajaran Sabah Dr Muhiddin Yusin, Ketua Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin dan Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan, Osman Aganduk.
-- BERNAMA