Khamis, 22 April 2010

2 TAHUN PAS/PKR/DAP MENIPU RAKYAT

P94 Hulu Selangor : Siri Pembohongan, Kepincangan Dan Kezaliman PR di Selangor!

Penggunaan Dana Islam Untuk Pembangunan.

• YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ada mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan bagi tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana.

• Kata beliau di persidangan DUN ”semua rakyat Selangor membayar cukai …membayar zakat baitulmal perniagaan. Yang dikhaskan dalam satu baitulmal. Satu baitulmal…yang mana di masuk…. Dan duit tu..akan 100% diamanahkan untuk pembangunan, ee..negeri Selangor.”

• Dalam konteks zaman kegemilangan Islam dahulu, dana baitulmal memang digunakan untuk pelbagai tujuan pentadbiran dan pembangunan di mana bukan Islam turut membayar dalam bentuk cukai kepala.