Peneroka-peneroka Felda perlu awasi Task Force PKR Pahang yang akan mengharuk masayarkat peneroka dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor……..
Pasukan petugas khas (Task Force) yang menjalankan tugas menghasut dari rumah ke rumah di samping mengedarkan risalah berunsur Fitnah kepada masyarakat peneroka di Felda Sungai Tengi, Felda Suharto dan Felda Gedangsa.
Salah seorang ketua Task Force yang bernama Rabidin Kasmawi, peneroka dari Felda Keratong 8, bekas calon PKR DUN Muadzam Shah yang kalah bertanding pada PRU 12 lalu yang telah ditugaskan di Felda Shuarto untuk menjalankan kempen menghasut.
Apa yang peliknya, mengikut maklumat diterima, si Rabidin Kasmawi ini mendakwa Felda menipu peneroka, tetapi ladang milik dia sendiri telah dipajak kepada individu lain, macam mana hidup tidak susah kalau hasil ladang telah dipajak……. Lepas tu tuduh Felda menipu….
Para peneroka Felda di kawasan Hulu Selangor jangan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah kumpulan ini…….