Khamis, 22 April 2010

BILA RAHSIA TERBONGKAR?

Inikah senarai2 fir'aun kecik yang diperkatakan oleh Zul Nordin?? hahaha layan!!!

Ramai yang tak menyedari bahawa pertandingan di P094 Hulu Selangor bukanlah hanya semata-mata pertandingan diantara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Spy melihat situasi di Hulu Selangor ialah pertandingan satu lawan satu diantara Azmin dan Zaid Ibrahim.

Kenapa spy cakap macam tu? Cuba kita lihat perbuatan Azmin yang sengaja mencabar blogger-blogger serta media pihak Barisan Nasional supaya membuktikan perangai Zaid yang suka minum arak.

Zaid Ibrahim pula spy tengok cukup bodoh apabila menggelabah dan mengaku pernah minum arak tetapi kononnya telah bertaubat macam kata Haji Hadi Awang.

Keadaan bertambah buruk bagi Zaid apabila blogger-blogger pro BN mula menyebarkan gambar yang kemudiannya dikatakan gambar superimposed Zaid sebagai peminum arak.

Bagi spy, tak kiralah sama ada gambar Zaid tu superimposed ataupun tak. Yang nyata di mata spy ialah didalam keadaan imej Zaid dihentam teruk di P094 ni, Azmin saja yang paling untung dalam keadaan disini.

Tak keterlaluan kalau spy kata, didalam mahkamah memang Zaid sukar dicabar tetapi jika dalam permainan politik, Azmin lebih hebat didalam strategi putarbelit dan manipulasinya.

Azmin tentunya sedar jika Zaid kalah di Hulu Selangor, Zaid pasti akan dihina dan disingkirkan dari kepimpinan tertinggi PKR. Yang lebih utama bagi Azmin ialah, imej Zaid yang terjejas teruk akibat ditelanjangkan oleh geng-geng blogger pro BN.

Azmin yang spy kenal ialah seorang yang memang bijak membuat percaturan. Strategi Azmin selalunya berjaya kerana dia jenias yang sanggup "berkorban apa sahaja" demi kepentingan dirinya.

Setakat ini, percaturan Azmin memang terbukti berkesan. Siapa yang tak tahu perbalahan Zaid Ibrahim dengan "orang kesayangan" Anwar ini. Zaid pulak merupakan "pendatang baru" didalam kem PKR namun dia dilihat lebih rapat dengan Anwar. Mesti lah Azmin cemburu dengan keadaan ni.

Ramai juga yang tak tahu, Azmin merupakan antara "firaun kecil" yang ada dialam PKR. Jadi, silap besarlah nampaknya Zaid kali ini apabila dia nak "melawan" Azmin.

Spy amat yakin, dengan permainan politik gestapo Azmin di Hulu Selangor ni, Zaid bakal dikorbankan didalam perbalahan dalaman PKR.

Walau pada awalnya spy nampak agak berat untuk pihak Barisan Nasional merampas balik kawasan P094 ni, tapi keadaan politik semasa kini lebih banyak memihak kepada pihak kerajaan.

Harapan PKR untuk mempertahankan kerusi mereka disini mungkin boleh dikatakan hampir berkubur.

Spy cuma tunggu apakah Pok Nik yang akan turun lagi dua tiga hari disini boleh menjelmakan "keberkatan" seliparnya bagi menyelamatkan Zaid Ibrahim di Hulu Selangor ni.

Kalau selepas Pok Nik datang nanti pun keadaan Zaid masih belum berubah, tak dapeklah den nak nolong eh. Nasib ekau la jang oiii..

credited to : spy Leman (CSI)