Berikut adalah kenyataan Fauziah Salleh , Pengarah Plihanraya PKR. BN pilih Kamalanathan, dia kondem, agaknya kalau letak Palanivel , Fauziah akan sebut BN terdesak kerana meletakkan calon yang kalah.
BN dan MIC ketandusan calon. Jadi BN letaklah siapa pun Faiziah atau Harakah akan telah condem calon-calon BN dengan pelbagai hujah dan alasan.
Awatnya. PKR tidak terdesakkah kerana meletakkan calon yang cap jari dalam PKR pun tak kering lagi. Terdesak lah tu namanya.
Kupang tembaga yang berkarat dan telah dibuang oleh Umno. Pkr kutip dan tatang bagaikan emas. Rata-rata orang Umno memang meluat dan menyampah dengan dengan mulut busuk , sikap dan fe'el Zaid Ibrahim.
100% orang Umno dan BN lega bila Melayu Haprak seperti beliau di buang. Lega kerana beliau bersifat pepat dilluar, rencong di dalam. Yang benar terdesak ialah PKR wahai Cik Puan Fauziah OOOiiii.
Pengarah Pilihan Raya Pusat KEADILAN, Fauziah Salleh menyifatkan pemilihan Ketua Penerangan MIC P Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional di Hulu Selangor sebagai tindakan terdesak BN akibat tekanan dari MIC dan Umno.