Hadi Awang dalam komen terbarunya telah bertindak mempertahankan Zaid Ibrahim apabila menyelar golongan bloggers yang membangkitkan isu Zaid sebagai kaki arak. Alasan beliau ialah Zaid sudah pergi umrah dan sudah berubah namun tidak pula menafikan bahawa Zaid adalah kaki arak.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjelaskan calon Pakatan Rakyat (PR) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sekarang sudah berubah semenjak pulang dari Mekah.
Katanya, dakwaan mengaitkan calon PR itu sebagai individu yang kerap bersosial dan 'kaki minum' adalah tidak adil kerana ia berbentuk tuduhan semata-mata tanpa memberi ruang kepadanya membuat penjelasan.
“Saya tidak baca blog, jadi saya tidak tahu, tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bertanya dengan tuan badan sendiri, bukannya mempercayai blogger,” katanya ditanya media di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, semalam.
Beliau mengulas dakwaan banyak blogger yang mendakwa Zaid seorang yang kuat bersosial dan 'kaki minum' serta tidak sesuai dijadikan calon PR untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.
http://www.sinarharian.com
Timbul beberapa persoalan apakah Hadi Awang memang sudah sedia maklum dan mengetahui akan tabiat minum arak oleh Zaid sebelum ini?
Apakah Hadi Awang benar yakin bahawa Zaid sudah betul-betul berubah? Apakah cukup hanya dengan bersandarkan alasan Zaid sudah pergi umrah?
Kenapa tidak Hadi Awang sebagai seorang pemimpin Islam menyelidik dan mendapat kepastian sepenuhnya sendiri bahawa Zaid sudah berubah dengan meminta beliau bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya?
Sesungguhnya memang benar kata Hadi Awang adalah perlu untuk ditanya tuan punya badan sendiri akan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan membenarkan tuan punya badan menjawab dan menerangkan akan tuduhan yang telah dilemparkan.
Mungkin ada baiknya jika Hadi Awang mensyaratkan untuk Zaid bersumpah di masjid dengan nama Allah di depan khalayak umum samada beliau pernah atau tidak pernah minum arak demi melenyapkan segala tuduhan bahawa beliau adalah kaki arak.
Jika tidak, dikhuatiri akan timbul pula isu lain bahawa Hadi Awang sebenarnya meminati pemimpin Islam kaki arak ini kerana pada 3 Ogos 2009 dalam satu sesi dialog Hadi Awang bersama penduduk di Tawau Sabah beliau telah memberitahu bahawa Sejarah Islam telah membuktikan, bilamana pemerintah Islam berpegang kepada undang-undang Islam, keadilan akan dapat ditegakkan SEKALIPUN PEMIMPIN ISLAM TERSEBUT BURUK AKHLAKNYA DENGAN MENGAMBIL CONTOH TIMBERLAND SEORANG PEMERINTAH MONGOL KETURUNAN TARTAR YANG PERNAH MENJAJAH TAMADUN ISLAM SEORANG KAKI ARAK TETAPI TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH BOLEH BERLAKU ADIL KEPADA RAKYATNYA.
Sejarah Islam telah membuktikan, bilamana pemerintah Islam berpegang kepada undang-undang Islam, keadilan akan dapat ditegakkan sekalipun pemimpin Islam tersebut buruk akhlaknya. Beliau mengambil contoh Timberland seorang pemerintah Monggol keturunan Tartar yang pernah menjajah Tamadun Islam seorang peminum arak tetapi tidak pernah meninggalkan solat subuh berjemaah boleh berlaku adil kepada rakyatnya.
http://www.sabahdaily.com/
http://www.sabahkini.net/v
http://legehiyyah.blogspot
Sudah tentu sedikit-sebanyak jika tidak ditangani dengan betul dan penuh ketelusan oleh Hadi Awang ia akan mampu menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Hadi Awang untuk menyelesaikannya.