Jumaat, 23 April 2010

Hasan Ali lalai ceramah politik dalam khutbah hingga jemaah tak sah Jumaat?


Sepanjang kempen PRK Hulu Selangor, suatu yang ketara adalah surau dan masjid digunakan oleh pihak parti kerajaan negeri untuk ceramah politik. Walaupun ini bertentangan dengan perintah Sultan Selangor yang melarang kegiatan politik di Masjid dan Surau....

Giler ....

Dr Hasan Ali exco kerajaan negeri yang tewas melarang gangster Ronnie Liu dari menjual arak sesuka hati di kawasan Melayu, mengembangkan perniagaan rumah urut dan funfair ke seluruh Selangor.

Nak macam mana Masjid Assalam Bukit Sentosa ini Masjid PAS. Tengoklah di blog mereka sini. Sebab terletak dekat command centre BN, ramai pi sana. Nampaknya ramai orang BN tak sah Jumaat.

Khutbah Hasan Ali berdentam dentum berbaur politik hingga siap ada laungan takbir.

Dalam dia syok bersyarah macam burung tiong mencecer, dia terlupa baca selawat Nabi dalam khutbah. Ini adalah rukun khutbah utama. Nampaknya berpolitik hingga sembahyang Jumaat tak sah dan akhirnya jadi solat zohor saja.

Hmmm ... PAS memang gitu. Orang ajaran sesat mana tahu hukum.


Masjid Assalam terletak di bawah bukit berhampiran BN CC.